Thursday, September 24, 2015

Update Zenfone 5 A500CG Lollipop

Assalammualaikum semua. Disini sesiapa sahaja yang memiliki zenfone 5 ori asus atau pun ap set boleh update ke lollipop seperti video yang tertera. Caranya sangat mudah dan senang. Amati video tersebut terlebih dahulu. Sekian.


Tuesday, February 18, 2014

Monday, January 27, 2014

Bila Dua Hati Bertemu

Saat waktu terus berdetik
Jiwaku ikut terdetik
Adakah ini suatu titik
Untuk kita saling memilik.

Turunnya harga kangkung
Membuat penyokong duduk menyangkung
Tiada ku kisah tentang kangkung
Kerna hatiku berdentung-dentung.

Tika aku sedang berjalan
Pasti ada yang perasan
Apakah yang mereka sangkakan
Rupanya aku jalan beiringan.

Bersambung....

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Kareem

Assalammualaikum dan Salam ISLAM untuk semua. Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana limpah rahmatNYA memberi kesempatan kepada kita untuk melaksanakan ibadah Puasa yang telah diwajibkan keatas umat ISLAM. Selawat dan Salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW yang mengajar kita erti kesabaran yang hebat.


Marilah kita semua muhasabah diri, cermin diri bagaimanakah akhlak kita di dunia ini untuk kehidupan di akhirat nanti. Bagi pengundi di Kuala Besut, pangkahla PARTI ISLAM SEMALAYSIA, bersama kita menegakkan ISLAM, meletakkan AL-Quran dan Hadist diatas segalanya. Inilah masanya insyaALLAH.

ALLAHUAKBAR!!!

harga iman rm0.90

Assalammualaikum ambo ucapkan. Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan ambo menulis di blog ambo. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW,AHLUL-BAIT,SAHABAT RA,TABIIN,ITTABIIN DAN SELURUH UMAT AHLUS SUNNAH WALJAMAAH.
Ini di kisahkan kepada ambo oleh seorang sahabat yang bekerja di sebuah kedai milik orang cina di kepong. Tugas beliau ialah menerima penghantaran stok dari supplier.
Pada suatu hari,penghantar roti gardenia ini menghantar roti di kedai beliau,yang setiap kali sebelum menurunkan roti,perlu di semak kuantiti di invois dan kuantiti barang yang di turunkan. Ini juga di lakukan oleh sahabat ambo untuk barang-barang yang di terima dari lain-lain supplier.
Roti yang di turunkan berkuantiti 100 unit di dalam invois,namun bila di kira hanya 99 unit. Jadi dalam keadaan ini ambo menyatakan mungkin penghantar roti itu melakukan kesilapan,namun sahabat ambo menyatakan sudah berkali-kali roti bun spicy bilis itu di turunkan kurang dari kuantiti invois.
Akhirnya,sahabat ambo menyatakan pada penghantar roti tersebut setelah untuk kali yang ke-5 bun spicy bilis kurang 1 unit dari kuantiti invois "adakah iman kamu ini beharga rm0.90?". Soalan ini mengakibatkan penghantar roti mulai cuak dan takut dengan nada suara yang terketar sambil bertanya kenapa?
Dah tahu bertanya pula. Lalu sahabat ambo itupun telah reject roti gardenia untuk di turunkan pada hari itu bagi memberi kesedaran pada penghantar roti tersebut.
Jadi,bagi kita umat islam,jagalah iman kita jangan sampai tergadai dengan harga rm0.90. Selamat beramal. Ingatlah setiap amal akan di pertanggungjawabkan di hadapan ALLAH AZZAWAJALLA.
Sekian,salam ISLAM untuk semua.

Friday, July 5, 2013

Ayuh Bangkit


Assalammualaikum dan salam Islam untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur dipanjatkan kepada ALLAH SWT,SELAWAT DAN SALAM atas junjungan besar RASULULLAH SAW.
Sesungguhnya umat Islam kini dilanda pelbagai tentangan yang hebat dari pelbagai sudut. Dimana yang mengaku Islam lebih utama menentang Islam itu sendiri apabila hati yang telah ditanam dengan kecintaan keatas dunia ini. Alangkah malangnya.
Situasi di Palestin, masih lagi dalam cengkaman Israel LAKNATULLAH. Situasi genting yang berlaku di Timur Tengah sehingga merebak kenegara lain apabila syiah LAKNATULLAH IRAN membenarkan Amerika LAKNATULLAH menyerang Iraq yang dipimpin oleh Allahyarham Saddam Hussein, iaitu merupakan golongan Sunni yang sangat dibencikan oleh Syiah LAKNATULLAH. Bermula dengan pembunuhan Allahyarham Saddam Hussein inilah tercetusnya kegilaan syiah LAKNATULLAH untuk mentadbir dan merealisasikan agenda bersama Israel LAKNATULLAH menanti kedatangan Dajjal LAKNATULLAH dan melakukan pembantaian terhadap masyarakat Islam Sunni. Ini adalah menurut perhatian ambo pasca perang Iraq 2003.
Dari situ juga, gerakan-gerakan Islam telah mendapat perhatian masyarakat Islam bagi membendung masalah ini dan berlakunya pembebasan Mesir dari pemerintahan diktator yang diternak oleh Israel LAKNATULLAH iaitu Hosni Mubarak selama 30 tahun. Perlantikan Dr. Mursi telah membuka semula kegemilangan Bumi Anbiya tersebut. Keadilan terhadap semua mula dilaksanakan,pintu-pintu untuk rakyat Palestin dibuka bagi memudahkan rakyat Palestin mendapatkan makanan dan kelengkapan yang lainnya.
Selepas itu bermulanya kegilaan Syiah LAKNATULLAH  Syria, dimana umat Islam Sunni telah dibunuh dengan senang hati oleh Syaitan Assad. Maka,dengan serta merta Presiden Yang Berjiwa Rakyat, Dr. Mursi terus memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria serta merta. Atas sebab inilah bermulanya kekacauan dari pihak yang mengaku Islam,akan tetapi cenderung dengan agenda Israel dan Syiah LAKNATULLAH untuk menguasai Timur Tengah bagi menanti kehadiran DAJJAL LAKNATULLAH.
Atas desakan itulah, jeneral tentera Mesir yang sepatutnya membantu masyarakat Islam di Palestin, Iraq, Lubnan, dan Syria dengan kecanggihan ketenteraan dan kekuatannya hanyalah jaguh kampung yang berani hanya di tempat sendiri. Berani menggunakan kuasa ketenteraan untuk menangkap hanya seorang Presiden Dr. Mursi yang tiada senjata. Adakah ini kekuatan ketenteraan Mesir? Hanya mampu menangkap Presiden yang dikasihi bukan hanya di Mesir, malah disetiap pelusuk dunia yang bersama memperjuangkan Islam di negara masing-masing. Perlantikan Dr. Mursi sebagai Presiden merupakan suatu semangat untuk pejuang-pejuang agama ALLAH SWT di setiap penjuru dan merupakan harapan kebangkitan Islam bagi membendung anasir Israel dan Syiah LAKNATULLAH.
Itu sahaja yang ambo dapat nukilakan setakat ini. Oleh kerana ianya suatu yang menyedihkan. Kami pejuang akan sentiasa bersama mu Presiden Dr. Mursi.
GENDANG JIHAD SUDAH DIPALU, AYUH BANGKIT WAHAI PEMUDA BERSIAP SIAGA MENENTANG HABIS-HABISAN MUSUH-MUSUH ISLAM. KITA BERLEMBUT,MEREKA BERKASAR. NANTIKAN KAMI PEMUDA SELURUH DUNIA AKAN MENENTANG KAMU MUSUH ISLAM YANG KURANG AJAR.
ALLAHUAKBAR!