Unit kecemasan Pertahanan Awam tiba dan terus bergegas pergi ke tempat snake tersebut berselindung..
dapat disaksikan keadaan gelap dan hanya kerdipan lampu keli2 saja yang dapat membantu begitu juga dengan torch light Pertahanan Awam...
kira-kira 4 orang yang cuba untuk menangkap snake tersebut dimana 2 orang bersedia dengan peralatan menangkap dan 2 lagi menerangi tempat persembunyian...
disini dapat dilihat kelibat snake tersebut seperti yang ambo bulatkan dengan warna merah tersebut...
jiran-jiran yang melihat juga merasakan sangat terpegun dengan tindakan pantas anggota Pertahanan Awam yang begitu gah..
snake berjaya ditangkap dan dipegang oleh salah seorang anggota dan jiran-jiran jadi gementar sekejap takut-takut terlepas snake tersebut..
anggota Pertahanan Awam hendak memasukkan snake tersebut kedalam guni untuk dibawa ke jabatan hidupan liar..
dapat disaksikan snake tersebut dengan jelas sekali..
inilah dia snake tersebut yang panjangnya kira-kira 2 meter..wow..sungguh menggemparkan...dan terus dimasukkan kedalam guni.
keadaan snake yang sukar dimasukan kedalam guni..
selesai sudah tugas unit kecemasan Pertahanan Awam dan penduduk semua mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesungguhan mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan. kami berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat.

p/s: jaga-jaga dengan anak kecil jika terserempak dengan snake dan binatang berbisa.