Saturday, May 19, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

wang kertas

assalammualaikum. pernahkah anda terfikir kenapa wang kertas lima ringgit bewarna hijau?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, September 2, 2011

Idul Fitri 1432Hijriah



Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur kehadrat ALLAH SWT dengan limpah rahmatnya dapat kita melaksanakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan (RAMADHAN al-MUBARAK) yang dirindui. Selawat dan salam atas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait, para SAHABAT RA,tabiin dan it-tabiin.

Sudah lama ambo tidak meng'UPDATE' blog ambo ini memandangkan kisibukan dengan hal-hal duniawi. Kita umat ISLAM telah berjaya melaksanakan rukun ISLAM yang ke-4 iaitu berpuasa sepertimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah mafhumNYA:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al Qur'an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)" (QS. Al Baqarah: 185)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa" (QS. Al Baqarah: 183)

Ayat diatas jelas menunjukkankewajipan berpuasa, namun apa yang ingin ambo ceritakan dan sampaikan disini adalah pengalaman ambo sendiri berhadapan dengan mereka yang bernama ISLAM, beragama ISLAM, berkeluarga ISLAM dan serba-serbi ISLAM namun tidak mampu untuk melaksanakan ibadah puasa yang hanya sebulan dalam setahun. Ambo berasa dukacita dengan perkara ini kerna mereka menggunakan alasan yang tidak munasabah, seolah-olah memperlekehkan kewajipan dalam berpuasa. Seperti:

1) Tidak tahan lapar.
2) Tidak bangun sahur.
3) Tidak tahan jika tidak dapat merokok.
4) Tidak mandi wajib.
5) Gastrik.
6) Letih.
7) Dan lain-lain.

Malah mereka bukan sekadar tidak berpuasa, malah makan dan merokok di tempat yang terbuka tanpa berasa sebarang MALU kepada manusia yang lainnya hatta malu kepada ALLAH SWT. Acap kali ambo menegur tindakan mereka, alasan diatasla yang selalu mereka berikan. Nau'zubillahiminzalik!!!

Kini RAMADHAN sudah berakhir bagi tahun 1432Hijriah, adakah kita akan sampai ke RAMADHAN yang akan datang? Nampak kini, umat ISLAM kebanyakkanya telah tidak malu untuk melakukan kemaksiatan secara terang-terangan. Mahu menyambut raya begitu hebat sekali sehingga tidak mahu terlepas solat sunat IDUL FITRI. Namun kewajipan berpuasa tidak dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT.

Disini ambo ingin memohon segala kemaafan kepada mereka yang mungkin terasa hati, yang ambo sakiti, yang ambo khianati. Diharap ambo diberikan kemaafan oleh anda sekalian. Dengan ucapan Selamat HAri Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.






Sunday, January 30, 2011

Ada Apa Dengan Politik?

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILAH syukur dipanjatkan kehadrat ALLAH SWT yang masih mmberi kesempatan pada ambo untuk menulis mengenai beberapa perkara. Selawat dan salam atas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA yang berjuang menegakkan agama ALLAH SWT di muka bumi ini.

Tujuan ambo menulis artikel ini adalah untuk memperbetulkan apa yang dipermainkan oleh BN yang menyatakan bahawa setiap perilaku yang dilakukan oleh PAKATAN RAKYAT adalah bersifat politik semata-mata dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

Hal ini menarik minat ambo untuk menjelaskannya apa yang jelas sebenarnya untuk masyarakat umum di luar sana yang mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh BN.

Tidakkah anda semua berasa hairan dengan BN yang menyatakan bahawa PAKATAN RAKYAT hanya mahu kepentingan politik mereka sahaja berbanding BN yang mementingkan nasib rakyat.

Sudah 53 tahun Malaysia merdeka dan BN juga telah memerintah selama 53 tahun lebih di bumi Malaysia ini mengalahkan pemerintahan rejim Kolonel Ghadaffi di Libya. Adakah nasib rakyat terbela selama 53 tahun lebih BN memerintah Malaysia? masih ada lagi yang tercicir. Dan ini dapat dilihat BN hanya menggunakan isu putar-belit yang menyusahkan rakyat untuk berfikir. Selama 53 tahun memerintah namun masih ada mereka yang hidup bergelandangan, tidak makan, kelaparan, kesakitan dan keseksaan dalam kehidupan. Apakah yang mampu BN lakukan?

Jadi tanpa politik, macam mana Pakatan Rakyat mahu memerintah, walhal subjek yang diajar di Universiti Tempatan atau antarabangsa sekalipun mengajar subjek pentadbiran dan politik yang tidak boleh dipisahkan. Malah mereka yang bertanding dalam pilihan raya juga merupakan suatu politik. hatta calon bebas sekalipun berpolitik walaupun tidak mewakili mana-mana parti. Dengan politik setiap aspek seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesehatan, makanan dan lain-lain dapat dilaksanakan. Begitulah BN merencanakan agenda politik mereka dengan mengatakan Pakatan Rakyat adalah untuk menjaga kepentingan politik mereka dan BN tidak sedar bahawa mereka lah yang menjaga kepentingan politik mereka.

Jadi anda semua berfikir lah secara terbuka dan kreatif. InsyaALLAH kita jumpa lagi. Salam ISLAM untuk semua.






Monday, January 3, 2011

Job New 7 (Banner)





Job New 6 (Name Card)





Iklaneka

Malaysia Web Hosting