Sunday, July 14, 2013

harga iman rm0.90

Assalammualaikum ambo ucapkan. Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan ambo menulis di blog ambo. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW,AHLUL-BAIT,SAHABAT RA,TABIIN,ITTABIIN DAN SELURUH UMAT AHLUS SUNNAH WALJAMAAH.
Ini di kisahkan kepada ambo oleh seorang sahabat yang bekerja di sebuah kedai milik orang cina di kepong. Tugas beliau ialah menerima penghantaran stok dari supplier.
Pada suatu hari,penghantar roti gardenia ini menghantar roti di kedai beliau,yang setiap kali sebelum menurunkan roti,perlu di semak kuantiti di invois dan kuantiti barang yang di turunkan. Ini juga di lakukan oleh sahabat ambo untuk barang-barang yang di terima dari lain-lain supplier.
Roti yang di turunkan berkuantiti 100 unit di dalam invois,namun bila di kira hanya 99 unit. Jadi dalam keadaan ini ambo menyatakan mungkin penghantar roti itu melakukan kesilapan,namun sahabat ambo menyatakan sudah berkali-kali roti bun spicy bilis itu di turunkan kurang dari kuantiti invois.
Akhirnya,sahabat ambo menyatakan pada penghantar roti tersebut setelah untuk kali yang ke-5 bun spicy bilis kurang 1 unit dari kuantiti invois "adakah iman kamu ini beharga rm0.90?". Soalan ini mengakibatkan penghantar roti mulai cuak dan takut dengan nada suara yang terketar sambil bertanya kenapa?
Dah tahu bertanya pula. Lalu sahabat ambo itupun telah reject roti gardenia untuk di turunkan pada hari itu bagi memberi kesedaran pada penghantar roti tersebut.
Jadi,bagi kita umat islam,jagalah iman kita jangan sampai tergadai dengan harga rm0.90. Selamat beramal. Ingatlah setiap amal akan di pertanggungjawabkan di hadapan ALLAH AZZAWAJALLA.
Sekian,salam ISLAM untuk semua.