Wednesday, October 7, 2009

Segambut Damai Game KL



Segambut Damai Game KL merupakan satu permainan kanak-kanak di Jalan7/60B Taman Segambut Damai 51200 Kuala Lumpur. Ini merupakan satu permainan yang disertai oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Gambar diatas menunjukkan permainan ini sedang bermula. Cara permainan ini mudah sahaja dimana siapa yang 'JADI' kena menyebut dengan jelas "A E I O U" dan mereka yang lainnya menjadi tidak bergerak seperti patung. Siapa yang bergerak akan 'JADI'. Jika diikutkan terdapat ramai kanak-kanak yang turut serta dalam permainan ini dan hampir kesemua penghuni rumah disini.

Walaupun KL penuh dengan cabaran material, akan tetapi masih ada yang bersama mengeratkan perpaduan kaum antara satu sama lain. Inilah situasi sebenar yang berlaku di KL. Permainan ini yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan dapat merealisasikan kempen 1 Malaysia di Federal Territory.