Thursday, December 10, 2009

Minyak Oh Minyak

Negara kita digemparkan dengan kenaikan harga minyak yang begitu mendadak sekali. Bebanan yang ditanggung oleh rakyat semakin bertambah, bagi generasi yang mahu berjinak dengan alam pekerjaan telah dibebani dan diselaputi dengan tanggungjawab yang amat besar dan dasyat. Ini disebabkan oleh tindakan kerajaan tidak mampu untuk memberi kesenangan kepada rakyat, malah bebanan yang semakin bertimbun.
Masalah yang dihadapi oleh rakyat ialah dengan pelbagai bebanan yang terpaksa dipikul seperti bayaran tol, harga barangan yang meningkat naik, cukai dan pelbagai lagi yang perlu ditanggung oleh rakyat. Seharusnya kerajaan lebih efektif dalam menagani masalah ini dengan lebih serius berbanding dengan masalah perbalahan mengenai jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Jika para pemimpin kerajaan tidak mampu untuk menagani isu ini, maka bubarkan Parlimen dan berikan kepada kepimpinan Pembangkang. Kita cuba lihat dan rasakan bagaimana kepimpinan Pembangkang.

Sekarang ini, pihak kerajaan hanya tahu menunding jari kepada Pembangkang dengan mencabar Pembangkang yang menguasai LIMA NEGERI menurunkan harga minyak terlebih dahulu. Adakah tindakan ini berasas atupun sengaja mencari kesalahan orang yang tidak bersalah? nampak sangat bahawa pemimpin ini tidak mengetahui tentang pentadbiran dan ekonomi. Bercakap hanya sedap mulut sahaja.
Pada kerajaan yang menaburkan janji manis kepada rakyat semasa pilihan raya, tunaikanlah janji manis anda itu sebelum manis-manis itu akan diratah oleh semut-semut yang kelaparan. Sedarlah akan tanggungjawab sebagai pemimpin, janganlah terlena dengan kekayaan duniawi itu.