Saturday, May 8, 2010

Percintaan Atau Penyeksaan

Ada suatu perkara yang ingin ambo kongsikan bersama kalian yang sudi membaca hasil aktiviti blog ambo yang tidak seberapa ini. Memandangkan dunia kini yang kian mencabar dari segi material dan rohaninya, maka haruslah kita berfikir sejenak dan memunasabah diri kita kepada MAHA PENCIPTA akan tanggungjawab kita diwujudkan di dunia ini kepada tiada kepada ada. Dalam arena kini yang usia bumi menjangkau 2010, percintaan merupakan suatu aset yang penting dan dikejar dalam hidup seharian masyarakat ISLAM terutamanya dan ambo tak mahu menyentuh hal percintaan masyarakat bukan ISLAM kerana mereka tiada dalam senarai ambo.

Banyak di kalangan remaja yang bergama ISLAM kini terjebak dengan cinta yang tidak pasti dimana syaitan dan nafsu saling bekerjasama bagi menyesatkan manusia dari jalan kebenaran yang hakiki dan tulus suci. Bgaimana cara kita untuk mengekang keadaan ini daripada menjadi suatu sebab terjebaknye kita ke alam penyeksaan yang perit dan hebat sekali. Tidakkah kita berfikir bahawa ALLAH SWT yang menciptakan kita dan memberi segala yang tiada kepada kita kepada ada dan mengapa kita tidak boleh cinta kepada ALLAH SWT ke tahap maksima yang melebihi segalanya? Adakah kita tuli atau buta?

Disini ambo ingin ceritakan beberapa kisah yang tergempar di akhbar dan berita2 di telivisyen mengenai pembuangan bayi, pembunuhan kanak2, penderaan seksual kepada kanak2 oleh keranan hubungan cinta yang dilaksanakan adalah berlandaskan hukum nafsu dan syaitan semata-mata. Kita sambut maulid nabi, israk mikraj, nuzul al-qur'an, akan tetapi apa yang kita fahami tentangnya? Adakah kita memenuhi majlis2 ILMU yang suci dan diberkati di Masjid2, Surau2, Madrasah2 dan lain2nya yang tidak mengenakan bayaran untuk kita mendengarnya dan memahaminya? Tetapi kita sanggup berabih ribuan ringgit untuk keluar dengan "awek" la kunun p tenguk wayang, tenguk konsert dating kesana kemari tanpa rasa malu kepada orang ramai, apatah lagi malu kepada ALLAH SWT. Sebab akal yang diberikan tidak digunakan sebaik mungkin untuk bekalan di kemudian hari yang kekal abadi.

Pembuangan bayi yang terjadi sebab apa? Mengapa perlu di buang? Kenapa? Xmengaku itu hasil hubungan HARAM dan ZINA yang dilakukan penuh keberahian dan kenikmatan? Mengapa perlu dibuang dan sewajibnya bertaubat dan menginsafi apa yang telah dilakukan dan meminta penggubal undang2 atau sape2 yang berkelayakkan menjatuhkan hukuman HUDUD ke atas diri sendiri, keranan benar2 ikhlas mahu bertaubat dan menginsafi atas apa yang terjadi. Bukan dengan membuang anak di tepi2an.

Undang2 yang sedia da sekarang belum dapat menyelesaikan masalah percintaan yang membawa ke alam ZINA LAKNATULLAH ini dan seharusnya pemimpin yang memimpin harus sedar hakikat bahawa undang2 yang digubal manusia adalah sangat lemah selemah lemahnya berbanding dengan hukum ALLAH SWT yang telah termaktub dalam al-Qur'an. ALLAH SWT yang menciptakan manusia, maka ALLAH SWT yang menentukan hukumnya kerana ALLAH SWT adalah yang MAHA MENGETAHUI akan sesuatu walaupun ianya tersembunyi di lubuk hati dan sanubari.

Jika anda menangis kerana di tinggalkan kekasih, maka anda adalah orang yang paling rugi di alam ini. Menangislah kerana rasa kekesalan anda bercinta dengan wanita bukan muhrim dan lelaki bukan muhrim anda kerna sesungguhnya ia adalah berdosa dan mendorong kepada zina yang bermula secara kecil2lan dan akan menjadi besar2an yang akan mengundang padah di hari kiamat kelak. Insaflah, mulailah bertaubat dan beristighfar kerna bercinta sebelum kawin ini tidak di anjurkan dalam ISLAM dan jika mahu kahwinilah wanita yang kamu inginkan. Harap anda sume ambil pengetahuan dari ini. Jangan tersilap langkah, nanti padah.