Friday, June 25, 2010

Judi Oh Judi



Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Dalam pesta bola sepak dunia 2010 yang bermula, MALAYSIA tidak terkecuali dengan menyambut pesta ini, tetapi berlainan dari yang sepatutnya dan sewajibnya dilaksanakan. Ini memandangkan bolak sepak dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan dianggap seperti durian runtuh bagi mereka yang inginkan berjudi dan dengan keizinan dari pemerintah itu sendiri. Adakah ini suatu pentanda peningkatan ekinomi MALAYSIA dengan terlaksananya kelulusan untuk membenarkan judi bola dilaksanakan? Waduh-waduh gawat bak kate orang yang ingin berkata sedemikian. Ekonomi Malaysia dijangka naik mendadak dengan kelulusan judi bola ini. Wah, bertambah kaya la negara Malaysia ini dan dijangkakan KDNK akan meningkat 100% (hehehehehehe ketawe sang lampir).

Ambo menulis artikel ini bukan hanya untuk melawak dalam penulisan ini, malah perasaan amarah ambo yang ambo tahan terpaksa ambo nukilakan dalam bentuk jenaka dan lawak bagi menarik minat orang ramai membaca dengan teliti ataupun tidak.

Judi bukan suatu yang baru untuk diperbincangkan, malah telah lama menular dalam pemerintahan MALAYSIA sejak 50tahun kemerdekaan. Sukar untuk membendung masalah ini kerna adanya kelulusan dan menjana ekonomi yang haram bagi mereka yang mahukan kekayaan duniawi tanpa keberkatan dari ALLAH SWT.

Tidakkah mereka ingat bahawa seksa ALLAH SWT itu adalah pasti dan benar? Tidakkah mereka berfikir dengan anugerah akal yang diberikan sejak dari lahir lagi?

Adakah mereka tidak mengetahui bahawa judi itu boleh mambawa musibah kepada umat ISLAM dan seluruh umat manusia? Memang hebat agenda yahudi LAKNATULLAH dalam merancang pentadbiran di setiap negara yang memerintah.

Amaran keras daripada ambo sekeras-kerasnya kepada mereka yang mengetahui maksud al-Qur'an dan Hadist tapi mendiamkan apa yang dilaksanakan pemerintah walaupun ianya salah, harus meletak jawatan dan berundur. Hal ini boleh mencemarkan maruah agama ISLAM itu sendiri.

Sekian SALAM ISLAM untuk semua. ALLAHUAKBAR!!!