Thursday, July 22, 2010

Bila DSAI Jadi PM?

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Syukur kehadrat ALLAH SWT yang memberi kesempatan untuk ambo meneruskan kehidupan pada waktu dan saat ini. Sesungguhnya ALLAH SWT MAHA BERKUASA melakukan sesuatu tanpa jangkaan. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar RASULULLAH SAW dan KERABAT BAGINDA, PARA SAHABAT RA. Islam itu suatu agama yang diredhai ALLAH SWT dan merupakan agama yang lengkap untuk kita laksanakan dengan tenang dan sabar.

Hari ini, ambo berkesempatan untuk menulis kisah mengenai "BILA DSAI (DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Jadi PM?) berikutan ketika ambo sedang asyik menonton program tanyalah ustaz di TV9, tetiba IBU ambo bertnya ambo mengenai kerjaya di DBKL adakah ambo ada memohon. Ambo beritahu kepada IBU ambo, ye ada memohon namun hakikatnya mereka yang ada pertalian dengan kakitangan DBKL akan diterima bekerja.

Apabila IBU ambo mendengar jawapan sedemikian, beliau memberitahu bilahlah agaknya DBKLA ini akan telus dalam memilih pekerja. Ambo beritahu kepada IBU ambo, bila ANWAR IBRAHIM jadi Perdana Menteri, setiapa jabatan kerajaan, badan berkanun, PBT akan dibersihkan dari mereka yang banyak melakukan rasuah, pro-kroni dan sebagainya.

Mendengar jawapan ambo, IBU ambo terus berkata bahawa ANWAR IBRAHIM ditentang dari pelbagai sudut, tahun 1997 menjadi bukti semasa TPM telah dipecat, laluan ANWAR IBRAHIM ibarat melalui duri buah salak yang sukar dan mencancang, dan bila ANWAR IBRAHIM akan dapat jadi Perdana Menteri jika mentaliti rakyat Malaysia tidak berubah. Ibu ambo menjelaskan lagi bahawa beliau bersama jiran tetangga dan juga ALLAHYARHAM BAPA ambo pergi mendengar ceramah ANWAR IBRAHIM untuk menyokong beliau sejak dari 1997, sehinggakan ANWAR IBRAHIM di fitnah, dipenjarakan sehingga ke hari ini masih lagi difitnah. IBU ambo mengulanginya lagi "BILA ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI?"

Ambo mendengar penjelasan dari IBU ambo, ambo rasa terharu mendengarnya. Inilah hakikat sebenarnya situasi politik di MALAYSIA. Dikatakan demokrasi, namun demokrasi ala-ala DIKTATOR yang menghalang perkembangan minda masyarakat untuk bersuara dan menyatakan pendapat, walaupun ianya benar. Harapan IBU ambo masih lagi mahukan ANWAR IBRAHIM jadi Perdana Menteri kerana kewibawaan beliau dalam pemerintahan, menjaga hak rakyat. Begitu juga dengan harapan rakyat keseluruhannya mahukan ANWAR IBRAHIM jadi Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, marilah kita secara keseluruhannya menegakkan yang benar, menjatuhkan yang salah. Kerna wang rakyat, wang negara habis begitu sahaja. Tidakkah kita dapat berfikir secara rasional. Sedangkan IBU ambo hanya bersekolah setakat Darjah Tiga, namun minda dan fikiran beliau lebih rasional berbanding mereka yang tidak mahu menggunakan akal dengan sebaik-baiknya.

Sekian salam ISLAM untuk semua. Buka Minda, Luaskan Hati. Terimalah perubahan ini.