Friday, July 9, 2010

Judi KAN HARAM!!!

Assalammualaikum dan Salam ISLAM untuk semua. Pada hari yang penuh barokah ini, ambo ingin menyampaikan suatu perbualan ambo dengan seorang kenalan mengenai JUDI WORLD CUP ini. Di harap pembaca sekalian akan mendapat pengajaran dari hal yang berkaitan. Ianya berlaku pada jam 6.00 petang. Ambo menggunakan nama beliau 'Fulan' bagi melindungi identiti beliau.

Fulan: Ko pilih apa antara Jerman VS Sepanyol? Jom kita 'BET' RM50 nak? Kaw Tim? hahahaha...

Ambo: Aku yakin Sepanyol menang, tapi aku xmahu nak judi bola ni, kan haram?

Fulan: Memangla haram, tapi aku xgunakan duit itu untuk membeli makanan, lagipun world cup 4 tahun sekali je. Jom la kaw tim? Ada Berani?hehehehhe...

Ambo: Xmau la aku, kan dah termaktub ianya haram. Xkan la ko nak main jugak?

Fulan: Aku 'BET' RM50 ngan kawan2 kerja aku. Kalo ko menang tengah hari aku bg ko RM50 ada berani? Sekali sekala, lagipun 4 tahun sekali ni world cup. Keseronokan tu penting.

Ambo: Janganla kerna keseronokan, ko akan kekal di neraka, walaupun 4 tahun sekali? Camna? Azab ALLAH itu MAHA HEBAT!!! Aku syorkan ko batalkanla pertaruhan ko tue dgn member2 kerja ko tue. Sesungguhnya tiada mafaat langsung, kalo ko kalah, ko dah rugi duit dan mendapat dosa. kalo ko menang pun ko akan mendapat dosa dan duit itu adalah HARAM!!!

Fulan: Tapi aku tak beli ke makanan, aku beli baju, hp dan sebagainya. Sekarangnila nak kumpul duit tuk beli baju raya yang bakal menjelama. hehehehehe...

Ambo: Kalo ko beli baju sekalipun xberkat nak buat camne? Nanti dgn izin ALLAH SWT baju yang ko pakai terbakar? Camna?

(RAncak perbualan ini, rasa2nya xboleh tamat kot?)

Fulan: Ni aku men pun 4 tahun sekali je, lagipun bila dah kawin nanti xde nye aku nak men judi ni lagi.

Ambo: nanti anak ko sambung tradisi ko camne? Xkan ko buat dek je? Hehehehe...

Fulan: kalo nak dibandingkan ape yang aku buat, ade lagi yang paling teruk tau. Perempuan bertudung berzina, siap sebut 'Oh My God' lagi mase berzina. Aku xdela teruk sangat jika nak dibandingkan dengan orang yang lain tue.

Ambo: Erm, kalo dia jahat, xkan ko nak ikut jadi jahat? Kita berusaha menjadi terbaik. Ikut perintah ALLAH SWT dan meninggalkan laranganNYA. Bukan kita bandingkan diri kita dengan orang tak baik, kita bandingkan dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Adakah kita hidup dunia ni untuk keenakkan dan kesenangan sementara di dunia? Akhirat nanti yang kekal abadi.

Fulan: Bukan apa, ni 4 tahun je la...

Ambo: MasyaALLAH, ok aku yakin Sepanyol menang, sekarang ni ko batalkan 'BET' ko tue..xde manfaat, Jerman akan kalah jugak, ko rugi dan dosa pun ko dapat.

Fula: Hehehehe...

(Beliau hanya tersenyum dan perbualan kami tamat disitu sahaja)

Sekian salam ISLAM untuk semua. Ambo harap beliau sedar dan berubah insyaALLAH. Amiin.