Thursday, July 1, 2010

Masalah Zina

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Kali ini ambo ingin mengulas beberapa isu yang berkaitan dengan zian yang kian menular di kalangan remaja Malaysia terutamanya yang beragama ISLAM. Ini merupakan satu tamparan hebat bagi pihak kerajaan dengan tersebarnya berita mengenai kemasukkan 40 Ulamak ke dalam UMNO. Adakah ini suatu petanda bahawa ISLAM itu dipandang remeh bagi golongan agama tersebut? Adakah mereka tidak berfikir secara menyeluruh mengenai permasalahan yang terjadi pada ketika dan waktu ini? Adakah dengan menyertai UMNO telah membuktikan bahawa kerajaan membawa sinar ISLAM dalam pemerintahan dan kehidupan masyarakat Malaysia? Ini adalah satu penipuan yang amat besar.

Adakah berita kemasukkan 40 golongan ulamak ini hanya sekadar retorik kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu APCO? Atau ianya hanya sekadar permohonan sahaja dan tidak ada apa-apa sumbangan dalam mengubah UMNO dalam menerima pemerintahan secara total mengikut al-Qur'an dan Hadist?

Lihatlah dimana-mana akhbar tempatan mahupun luar negara, masalah zina ini menjadi suatu adat bagi mereka yang m enjauhkan diri dari ISLAM. Tidakkah mereka berfikir secara tenang dan sabar dalam memutuskan untuk melakukan sesuatu perbuatan? ALLAH SWT telah tidak ditakuti, perintahNYA melaksanakan HUDUD DAN QISAS telah ditinggalkan gara-gara mengikut telunjuk kafir LAKNATULLAH.

Zina ini berkait rapat juga dengan iklan-iklan yang ada di TV seluruh negara. Dimana iklan-iklan yang memperlihatkan ke'ghirahan' sang wanita mengorat sang lelaki. Walhal ianya hanya iklan semburan untuk 'ketiak'. MAsyaALLAH kesannya mengakibatkan mereka tidak berfikir panjang.

Jadi jika kerajaan benar-benar menyatakan di media bahawa mengikut lunas-lunas ISLAM, mengapa ada lagi perkara zina ini. Sekurang-kurangnya jika perundangan ISLAM yang diguna pakai, ianya boleh mengurangkan serba sedikit zina ini. Ini perundangan yang dibuat manusia sendiri, maka manusia juga akan melanggarnya.

Apabila ambo membawa perkara ini untuk difikirkan kepada rakan-rakan yang lain, banyak menyatakan bahawa ianya masalah sosial, keluarga, kurang didikan agama dan sebagainya. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat, keluarga dan individu kurang dalam isu ini. Sedarkah bahawa sesungguhnya ianya adalah silap kita semua? Kerna kita menolak untuk melaksanakan perundangan ISLAM yang dibawa oleh PAS dan kita menganggap ianya sebagai perundangan klasik dan tidak boleh diguna pakai zaman moden ini. MasyaALLAH semoga ALLAH SWT mengampuninya.

Dalam hal ini, ISLAM lah yang amat penting dalam setiap aspek kehidupan, lihatlah betapa modennya ISLAM merentasi zaman dan sehingga kiamat. Cuba kita merenung kembali sejarah 'jahiliyyah', zina berleluasa, mabuk pun berleluasa dan pelbagai aspek negatif yang berleluasa. Zaman sekarang pun turut berlaku seperti zaman 'jahiliyyah' tersebut? Dengan ini secara terang-terangan bahawa mereka kembali ke zaman mundur dan tidak maju. Manakala ISLAM yang mencegah perbuatan keji dan mungkar tersebut merupakan suatu yang moden. Fikirkanlah sendiri.

Zina bukan sesuatu perkara baru, maka kita setiap insan yang beragama ISLAM harus mencegah perbuatan keji itu dengan tangan, maka dalam pilihanraya akan datang, tangan-tangan yang mengundi, undilah PAS dan Pakatan Rakyat kerna al-Qur'an dan Hadist akan diletakkan sebagai sumber perundangan yang utama. Secara automatiknya dan logiknya dengan undian yang kita lakukan untuk merubah kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.