Friday, December 31, 2010

Tahun 2011 Masa Untuk Perubahan

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih memberi kesempatan untuk ambo menulis dalam blog ini. Selwat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para sahabat RA yang berjuang melakukan perubahan dalam menegakkan ISLAM di tengah-tengah kuasa kekufuran ketika itu.

Ambo dikesempatan ini juga ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru masihi 2011 pada semua. Dan inilah masanya untuk kita bersama melakukan perubahan dari pelbagai aspek kehidupan kearah tidak baik ke baik dan baik kepada lebih baik insyaALLAH.

Disini ambo ingin memberikan beberapa isi penting untuk kita bersama melakukan perubahan dari aspek mental dan fizikal untuk kemajuan agama dan negara.

1) Pakatan Rakyat
- dahulu kita asyik memilih BN, maka perubahan yang begitu baik sekali ialah untuk kita bersama memilih PAKATAN RAKYAT.
- ini adalah masa kita untuk berubah, menilai apa erti kebanggaan dalam 50 tahun lebih kemerdekaan negara.

2) Fikiran
- masih ramai lagi yang berfikir cara lama iaitu dengan mudah (Parti Apa Yang Memperolehi Kemerdekaan Untuk Malaysia? Misti sume orang akan tau parti apa dan ambo xperlu nak tulis)
- lihat contoh negara jiran kita iaitu INDONESIA, siapa yang perolehi kemerdekaan untuk negara mereka dan siapa yang memerintah sekarang? Berubah kan pemerintahan INDONESIA jika hendak dibandingkan dengan negara kita. Sebab fikiran kita masih ditakuk lama.
- masih ada rakyat MALAYSIA yang tak ambil tahu tentang politik, sebab fikir politik itu RASUAH, KRONI dan sebagainya. Lembab agaknya pemikiran sebegini.

cukuplah dahulu sekadar dua isi penting ini, kerana ambo kesuntukan masa untuk menaip panjang lebar dengan kesibukan yang melanda diri ambo ketika ini. InsyaALLAH ada masa ambo akan huraikan lebih lagi si mengenai perubahan dalam 2011 ini.

Sekian salam ISLAM untuk semua.