Thursday, December 10, 2009

ANWAR ARRESTED REVIEW

Sesuatu yang amat mustahil dan pelik apabila dikeluarkan waran tangkap untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam waran tersebut menunjukkan bahawa selepas jam 2.00 petang dan jika beliau tidak hadir ke IPK, maka beliau akan ditangkap. Sesungguhnya beliau tidak ada hendak melanggar waran tersebut, bahkan polis yang "Terlebih Rajin" datang awal untuk menghangatkan isu ini dan menunjukkan bahawa Dato' Seri Anwar bersalah. Selepas memberi keterangan di BPR mengenai penyalahgunaan kuasa iaitu memalsukan fakta terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Adakah terdapat suatu kesalahan apabila seseorang yang ingin menegakkan kebenaran ditangkap sebelum waktunya?

Dalam hal ini menunjukkan bahawa Malaysia dibawah pemerintahan BN seolah-olah seperti pemerintahan diktator, sebuah pembentukan rejim yang sangat kejam dan ganas. Ibarat Malaysia seperti sebuah kerajaan Junta Tentera Mynmar yang mengenakan tahanan rumah terhadapa Aun Ann Syu Kii. Begitu juga dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetapi lebih teliti dan terancang komplot yang ingin membuatkan hidup Anwar terus dikecam oleh kerajaan dengan pelbagai lemparan fitnah yang tidak benar.

PM pula dengan senang hati menyatakan atau lebih mudah diterangkan adalah dengan menggunakan perkataan "MENDESAK" Anwar untuk melakukan pengambilan DNA tanpa ada campur tangangan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Dengan ini, telah jelas menunjukkan kedua-dua mereka telah banyak melakukan kesalahan tentang memalsukan fakta yang sebenar. Oleh sebab demikian, PM menyatakan bahawa mereka tidak campur tangan dalam isu ini.
Rancangan debat yang disiarkan secara langsung di TV9 pula menunjukkan wakil BN Sabery Chik lebih banyak melakukan serangan individu daripada berbentuk ilmiah. Menteri Penerangan tersebut tidak mengetahui hakikat sebenarnya debat yang ingin ditujukan, dan lebih banyak untuk menhentam Anwar dari sudut individu dan emosi. Tidak sedarkah beliau bahawa isu minyak yang menjadi perdebatan? Adakah Menteri Penerangan tersebut cemburu dengan kebolehan Anwar dari pelbagai bidang? Jadi rakyat yang masih mengikut telunjuk BN, lebih elok beralih arah ketika belum terlambat, narilah kita bangkit menegakkan kebenaran untuk kesejahteraan kita semua dan generasi akan datang.