Thursday, December 10, 2009

PRU REVIEW

Pilihan Raya Umum ke-12 telah memberikan impak yang amat besar kepada BN yang dahulunya memenangi kerusi parlimen sebanyak 2/3. Jika dilihat kepada statistik PRU kali ini menunjukkan bahawa prestasi BN telah menurun. Terdapat beberapa kemungkinan yang mengakibatkan perkara ini berlaku dan ianya hanya kajian yang saya lakukan dengan meneliti kembali sejarah PRU yang terdahulu. Dan disini dinyatakan beberapa sebab kekalahan pihak kerajaan.


Pemimpin

Sebelum merdeka, terdapat banyak pemimpin yang hebat dan lantang bersuara seperti Dato' Onn Jaafar (UMNO) dan tidak kurang juga dengan mereka yang berhaluan kiri seperti Ahmad Boestamam dan sebagainya. Sehinggakan British khuatir dengan pergerakan berhaluan kiri ini. Dan kemerdekaan yang telah diperolehi telah membuatkan rakyat terus yakin dengan gabungan yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan. Sekarang dikenali sebagai BN.

Sekarang, iaitu selepas PRU ke-12, pemimpin yang dilantik dan disukai oleh Tun Mahathir selepas Tan Sri Musa Hitam meletak jawatan dan yang paling penting pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Dua pemimpin hebat yang dikatakan oleh Tun sebagai penentangnya merupakan pemimpin yang benar-benar berkaliber dan berpotensi untuk membawa Malaysia lebih jauh berbanding dengan Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Terdapat beberapa kelemahan dalam pentadbiran Pak Lah dan anda boleh klik disini http://sangkelembai2006.blogspot.com untuk keterangan yang lebih lanjut.

Aspek Dalaman Parti Gabungan


BN yang terdiri dengan beberapa komponen parti lain yang mempunyai agenda tersendiri dalam PRU. UMNO, MCA, dan MIC merupakan parti yang berperanan dalam politik Malaysia. Di dalam tiga komponen parti ini, terdapat masalah dalaman dalam pemilihan Presiden Parti. Seperti apa yang dinyatakan oleh Ku Li bahawa pemimpin-pemimpin UMNO perlu berani untuk bertanding dalam pemilihan Presiden Parti. Begitu juga dengan MCA dan MIC. Parti yang mempunyai masalah dalaman dalam merebut tempat MT dalam parti.

Terdapatnya pelbagai isu yang mengakibatkan parti berada dalam keadaan terumbang-ambing jika kita melihat dalam fikiran rakyat. Isu rasuah dalam pemimpin dan parti, isu yang lebih hangat kes VIDEO LUCAH pemimpin yang kita sedia maklum.

Masalah Pentadbiran

Ini merupakan suatu isu yang memberikan impak yang amat besar. Wakil Rakyat yang bertanding dalam PRU kebanyakkannya menaburkan pelbagai janji-janji manis sebelum PRU. Selepas PRU, janji tinggal janji. Terdapat pelbagai masalah dalam pentadbiran kerajaan. Kementerian-kementerian dibawah kerajaan telah melaksanakan tugas dengan sambil lewa, terutamanya JKR yang melaksanakan tanggungjawab sambil lewa. Isu "BOCOR" yang berlaku, masalah "TOL" dan "KEADAAN JALAN RAYA". Dan pelbagai lagi masalah yang berlaku mengakibatkan rakyat mula muak dengan kepimpinan kerajaan.

SPR


SPR
sebagai sebuah suruhanjaya jika dilihat dari sudut DEMOKRASI yang dicanangkan oleh kerajaan sebenarnya tidak. Pelbagai masalah dalam SPR dari segi rasuah. Setiap suruhanjaya yang dibentuk diletakkan dibawah Yang Di-Pertuan Agong, namun ianya telah dikawal oleh pihak kerajaan. Moto SPR "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA"

merupakan satu propaganda bagi mengaburi golongan emas. Walhal setiap undi terdapat no siri yang dapat mengenal pasti identiti pengundi yang mengundi. Sehinggakan terdapat khabar-khabar angin:
"Kakitangan Kerajaan Yang Mengundi Pembangkang Akan Dikenakan Tindakan"

Penutup

Adakah ini merupakan satu Pilihan Raya atau Pilihan Sendiri?(Syok Sendiri) pemimpin-pemimpin politik yang tamakan kuasa dari tanggungjawab sebagai pemimpin yang mampu memimpin rakyat kearah kesejahteraan dan aman damai? Fikir-fikirkanlah.