Thursday, December 10, 2009

Perhimpunan UMNO

Perhimpunan UMNO yang penuh dengan ketakutan dan pelbagai lagi. Apabila pemimpin no.1 mereka menyatakan sesuatu yang amat ditakuti. Dalam pandangan saya, ianya jelas membuktikan bahawa pemimpin no.1 tersebut mulai gusar dengan kedudukan beliau dalam parti dan negara. Beliau mula mengungkit kisah lama seolah-olah untuk mendapatkan simpati seluruh perwakilan UMNO seluruh negara. Beliau menceritakan bagaimana UMNO boleh tetap teguh dihati rakyat walaupun terdapat beberapa tragedi seperti pembentukan Semangat46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan semasa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan terbentuknya Parti Keadilan Rakyat. Dengan keadaan sedemikian, ianya jelas menunjukkan bahawa kegentaran UMNO terutamanya kedudukan pemimpin no.1 tersebut.

Bagi menjelaskan situasi sebenar keadaan ini, ianya jelas menunjukkan pemimpin UMNO mulai risau mengenai jawatan dan kekuasaan yang mereka miliki selama ini. Sebelum kemerdekaan, terdapat pemimpin UMNO yang begitu hebat dan dipercayai rakyat, namun setelah beberapa kurun UMNO memerintah Malaysia, keadaan tidak semakin maju, malah bertambah sengsara dengan pelbagai isu-isu yang menyedihkan hati kita semua. Isu jenayah yang semakin meningkat, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Adakah pemimpin UMNO mengetahui hakikat ini?

Dalam isu sistem pemerintahan negara ini adalah DEMOKRASI. Kerana agama dan politik masih lagi diletakkan berasingan. Jelaslah kebangkitan Islam kini akan bermula di Malaysia. Tidak mustahil Islam akan menjadi sistem pentadbiran negara sejak 1400 tahun yang lalu.

Beberpa perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO, iaitu bertukar menjadi parti yang memperjuangkan Islam dan sistem Islam itu sendiri. Keadilan hanya tereletak kepada Islam yang sejati. UMNO yang semenjak sekian lama memperjuangkan bangsa Melayu, sedangkan ada apa dengan perjuangan tersebut. Ianya akan lebih meningkatkan semangat assabiyyah dikalangan rakyat.

UMNO perlu sedar dan pemimpin mereka perlu peka apa yang dikehendaki oleh rakyat, bukan untuk kepentingan mereka mengaut keuntungan seperti Fir'aun? Jadi sedarlah UMNOOOO!!!