Thursday, December 10, 2009

Pemilihan UMNO

Seperti yang sudah diketahui umum bahawa pemilihan UMNO yang begitu hebat sekali sehingga kedengaran di seluruh corong-corong radio dan televisyen seluruh negara. Keadaan yang begitu teruk sekali dilihat dalam pilihan kepimpinan UMNO yang akan berlangsung pada bulan MAC 2009. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita bahawa betapa pentingnya jawatan yang dipertandingan bagi individu didalam UMNO yang memberikan alasan yang pelbagai. Bagi mereka yang tidak mengetahui secara menyeluruh mengenai pemilihan ini akan melihat bahawa setiap calon yang bertanding merupakan calon yang memperjuangkan keseluruhan bangsa MELAYU. NAmun begitu ada nilai tersirat dalam pemilihan UMNO yang bakal berlangsung ini. Tidakkah kita menyedari situasi yang berlaku ini? Adakah kita membuat pekak dan buta hanya untuk menyaksikan peralihan kuasa? Adakah ini suatu yang relevan? Ini seperti apa yang telah diterangkan oleh mantan PM itu sendiri. Ianya boleh dilayari melalui http://www.youtube.com/watch?v=7CpRf2sOfTY.
Jika kita hanya melihat ianya merupakan perjuangan bangsa MELAYU, ianya sia-sia sahaja. Apa yang telah diperjuangkan oleh UMNO selama ini untuk membela nasib MELAYU? Apa yang kita hendak banggakan dengan kejayaan UMNO memerintah negara? Jika para pemimpin UMNO benar-benar hendak memperjuangkan bangsa, mengapa terjadi perebutan jawatan? Hal ini jelas menunjukkan bahawa UMNO merupakan suatu parti yang mempunyai dana untuk menampung kehidupan pemimpin UMNO sehingga 7 keturunan. Adakah kita masih tidak sedar? Adakah kita masih lagi mengimpikan suatu bongkah emas 24karat yang muncul dihadapan kita dengan memilih UMNO? Pemimpin UMNO yang berkuasa hanya inginkan wang ringgit semata-mata. Hal ini jelas dengan apa yang telah dinyatakan oleh mantan PM di http://www.youtube.com/watch?v=pl5N__8VcJs. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kerosakan dalam UMNO. Mengapa kita perlu lagi menyatakan sokongan terhadap UMNO?

Dalam pemilihan UMNO yang begitu dirasai seluruh negara, menunjukkan pemimpin UMNO tidak berjaya memperjuangkan MELAYU, mereka hanya memperjuangkan wang ringgit. Era yang penuh dengan cabaran onak dan duri, manusia telah diperangi dengan pelbagai senjata yang boleh merosakkan manusia ini. Adakah pemimpin UMNO yang tergila-gila akan jawatan yang ada dalam UMNO bagi menangani isu ini? Pelbagai masalah yang timbul dalam masyarakat? Marilah kita kembali merenung adakah benar mainan politik UMNO ini? Renung-renungkanlah.