Monday, January 4, 2010

Isu Kalimah ALLAH SWT



Assalammualaikum semua para pembaca yang budiman lagi bijaksana. Disini ambo ingin bercerita sedikit mengenai isu kalimah Agung iaitu ALLAH SWT yang dipergunakan yang telah dimenangkan oleh Mahkamah Tinggi untuk digunakan oleh akhbar mingguan (ape name tempat tu) lupe plak ambo. Tapi penggunaan ALLAH dalam terbitan mereka meampakkan seolah-olah mereka adalah sama dengan ISLAM. Seharusnya perkara ini tidak boleh berlaku memandangkan pemimpin kita terdiri dari orang ISLAM. Kalimah ALLAH SWT adalah khusus untuk umat ISLAM dan ambo menulis tentang ini bukanlah untuk menimbulkan provokasi. Sudah jelas dan nyata bahwa sesungguhnya kalimah ALLAH untuk Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, jadi tiada syak lagi keatasnya dan boleh dipergunakan sewenangnya oleh Bukan Islam. Kalau nak jugak guna kalimah ALLAH SWT, maka ucaplah Syahadah masuklah ISLAM beramai-ramai yang penggunaan kalimah ALLAH SWT akan lebih bermanfaat dan memperolehi keberkatan, dan tiada siapa akan melarang. Tidak perlu bersusah payah keluar masuk mahkamah. JOIN ISLAM TOGETHER FOR SAFETY HERE ANG HEREAFTER.