Tuesday, February 23, 2010

Kuliah Maghrib 14/02/10

Assalammualaikum semua, ambo baru dapat peluang untuk menulis serba sedikit mengenai kuliah maghrib 14/02/10 yang di anjurkan oleh pihak SURAU AL-MUTTAQIN TSS pada tarikh yang berkenaan yang disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi Ustaz DR. Badrul Amin. Ambo bukan mahu bercerita panjang mengenainya dan tidak mahu mengulas kerana ambo bukanlah pakar dalam bidang yang berkaitan, akan tetapi ilmu yang bermanfaat perlu disampaikan ke serata alam tidak kira cara yang bagaimanapun kita gunakan. Ini sangat bertepatan dengan ajaran yang disampaikan oleh RASULULLAH SAW kepada kita semua umat manusia. Jika kita lihat sekarang, kebanyakan masyarakat ISLAM KHUSUSNYA telah jauh meninggalkan agama dalam kehidupan yang merangkumi keseluruhannya, akan tetapi ianya kini hanya menjadi pegangan sebahagian kehidupan, makne kata mana yang tidak mendatangkan kepentingan teah ditinggalkan. Lebih kurang yang simple sahaja akan ditaati dan diamalkan.

Jadi disini ambo inginmengucapkan jutaan terima kasih diatas usaha yang dilakukan oleh pihak Surau dengan aktiviti ilmu yang diaksanakan dan djalankan di kariah berkenaan. Kepada muslimin muslimat yang ada majlis2 ILMU ini perlu disebarkan keserata kariah untuk sama2 kita hayati dan amalkan dengan penuh keikhlasan. Disini juga ambo ingin sampaikan kepada semua agar kita megimarahkan semula surau2 dan masjid2 seperti dahulu dimana fungsi masjid dan surau lebih daripada itu.

Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.

Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.

Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.

Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :

  1. Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
  2. Masjid Nabawi di Madinah
  3. Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin

Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-

  1. Masjid Negara
  2. Masjid Negeri
  3. Masjid Daerah
  4. Masjid Qaryah
  5. Surau
Bukan masjid sahaja yang ingin ambo sampaikan, malahan ilmu agama yang disampaikan oleh Ustaz DR. Badrul Amin dan anda boleh downloadnya disini dan diharap ianya dapat diamalkan. Amin. DOWNLOAD HERE!