Sunday, April 25, 2010

Keluarnya Para Yang Serba X Tahu

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Sudah lame ambo ingin menulis artikel yang berkaitan dengan keluarnya ahli2 PKR dari parti. Seperti yang kita sedia maklum dengan hidangan yang terbuka luas di kaca2 dan skrin2 tv dan akhbar2 tempatan menunjukkan satu kejayaan yang sungguh luar biasa bagi BN yang menyaksikan ramainya ahli2 PKR keluar parti dan menyertai BN. Ianya satu berita yang mengagumkan bagi pihak2 yang senang dengan berita ini. Akan tetapi bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang berfikir ianya adalah satu berita yang cukup baik dan bagus sekali.Disini ambo ingin menyenaraikan beberapa sebab beruntungnya dan bagusnya mereka keluar dari parti PKR.

1) Politik
- Kebanyakkkan mereka yang keluar dari PKR tidak tahu mengenai politik dan hanya mengikut orang yang berkata mengenai politik. Harusnya mereka perlu belajar dan menelaah mengenai politik.
- Dalam politik kesetiaan itu amat penting, kalo x camne nak perjuangkan dasar parti.

2) Konsep
- Yang dimaksudakan konsep disini ialah apa yang diperjuangkan parti tidak banyak diketahui dan mereka hanya mengetahui hanya konsep kekeluargaan dalam PKR, dimana mementingkan keluarga dari ahli yang lain.
- Konsep perjuangan parti yang tidak diambil endah oleh ahli PKR yang keluar dari parti.

3) Tujuan
- Apa sebenarnya tujuan mereka menyertai PKR sebelum ini? Hanya sekadar mahu pangkat dan derajat yang diidamkan bersama BN tidak kesampaian maka menyertai PKR dengan harapan pangkat dan derajat itu dapat diberikan kepada mereka?
- Tujuan utama Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan pangkat dan derajat, akan tetapi kebajikan rakyat yang berbilang kaum beliau utamakan.

4) Disiplin
- Nampak sangat xda disiplin pada mereka yang keluar parti pastu menipu rakyat plak, setelah rakyat undi mereka di bawah payung PKR, last2 jadi calon bebas, kalo calon bebas dah lame xdapat undi rakyat undi kesian dapatla dengan 2-3 undi.
- Nak jadi wakil rakyat disiplin kene kuat, xda disiplin macam2 leh terjadi memburukkan orang di kaca dan skrin tv. Jikalau budak poteng sekolah cakap mereka xda disiplin, jikalau pemimpin xtunjukkan disiplin camna mereka pun nak disiplin.
- Mentang2 kuar parti dapat masuk TV, masa dalam PKR xdapat masuk TV, maka kamu yang keluar parti masuklah akademia fantasia atau ape2 yang berkaitan dengan realiti TV, dapat sambutan ke tak?

Cukupla 4 perkara yang ambi nyatakan, nanti xmemasal ambo kene tahan plak dek mereka yang xsuke ngan ambo. Gunakanlah akal dan fikiran yang dianugerahkan ALLAH SWT untuk berfikir secara kritis dan kreatif barulah negara maju. Bila pemikiran kritis dan kreatif disekat, maka jadilah cam lembu yang diikat hidungnya dan terus mengikut tuannya.

Sekian salam ISLAM untuk semua dan Assalammualaikum.