Monday, May 17, 2010

Kenapa PAS DiTentang?



Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Kali ini ambo ingin merungkai beberapa ciri2 perjuangan PAS yang ditentang hebat oleh orang ISLAM dan Bukan ISLAM. Ini jelas menunjukkan sesuatu perjuangan yang baik dan diberkati mesti ada penentangnya yang hebat dan licik. Isu kali ini dibangkitkan agar yang menentang perjuangan PAS akan sedar hakikat sebenar yang dimainkan oleh musuh2 ISLAM yang tidak mahu ISLAM menjadi suatu umat yang bersatu padu dalam menegakkan syiar ISLAM yang suci dan indah untuk kesejahteraa, kebahagiaan dan keselamatan di dunia mahupun di akhirat. Antara faktor PAS ditentang ialah:

1) Al-Qur'aan & Al-Hadis

- PAS meletakkan al-Qur'an sebagai yang utama dalam melaksanakan undang2 dan cara pemerintahan, yang paling senang ialah segalanya berlandaskan al-Qur'an al-Karim yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT Tuhan YANG MAHA AGONG LAGI MAHA MULIA bagi kesejahteraan hambanya di dunia dan akhirat.
- Begitu juga dengan Hadis merupakan sumber kedua dalam segala aspek kehidupan.

(Hal diatas amat ditentang oleh musuh2 ISLAM kerna dengan berpegangnya ISLAM pada al-Qur'an dan Hadis, maka umat ISLAM akan bersatu menegakkan sistem Khalifah yang telah ditinggalkan sejak 80 tahun yang lalu. Lihatlah sejarah kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir, siapakah yang menjatuhkannya? Orang ISLAM sendiri kerna telah dipengaruhi oleh kehidupan dan kemewahan duniawi yang sementara dan menggantikan dengan sistem pemerintahan sekular dan memisahkannya dari agama. Inilah yang terjadi sekarang walau dimana jua)

2) Masjid
-PAS ingin menghidupkan semula institusi Masjid sebagai gedung ILMU yang mantap dan jitu. Begitu juga dengan Solat Jemaah yang digalakkan di Masjid2 bagi mewujudkan kesatuan UMMAH yang kukuh dan jitu.
- Semasa pemerintahan RASULULLAH SAW sehingga kerajaan ISLAM yang terakhir, Masjid merupakan tempat bermesyuarat, Pentadbiran negara, penyampaian dan pembelajaran ilmu, tempat perniagaan dan berbagai2 lagi aktiviti dan pelaksanaan di dalamnya. Meningkatkan kuantiti dan kualiti umat ISLAM dengan hidupnya kembali institusi Masjid.

(Bagi musuh2 yang menentang ISLAM, Masjid hanya dianggap sebagai tempat ibadah iaitu solaty, ceramah, akad nikah, tahlil dan sebagainya. Segala aktiviti politik tidak dibenarkan di Masjid kerna akan mencemarkan Masjid? Adakah ini suatu yang benar? Ini adalah muslihat musuh ISLAM yang amat hebat dengan melupakan kegunaan Masjid itu sendiri lebih dari sekadar solat jemaah. Apa guna Masjid yang cantik dengan kos berbillion ringgit tapi hanya sebagai tempat solat dan aktiviti yang lainnya dilarang sama sekali.)

3) Politik
- Semenjak penubuhan PAS, agenda politik PAS adalah berlandaskan ISLAM 100% bagi menegakkan apa yang telah jatuh ketika penjajahan kufar bermula di wilayah2 ISLAM.
- Politik ISLAM yang dilaksanakan PAS adalah untuk menyatukan seluruh umat ISLAM kembali memgang kepada ISLAM yang suci yakni sebuah agama yang lengkap dan diredhai oleh ALLAH SWT.

(Agenda kufar bagi menjatuhkan sistem politik ISLAM adalah dengan melaksanakan undang2 sendiri menurut akal fikiran sendiri tanpa bergantung pada al-Qur'an dan Hadis. Maka wujudla berbagai-bagai Perlembagaan yang disanangkan sendiri oleh akal fikiran manusia yang terhad ini bagi memastikan al-qur'an dan Hadis sebagai tempat rujukan bagi permasalahan yang kecil sahaja. Bersorak gembiralah musuh2 ISLAM bahawa umat ISLAM sendiri tidak mahu politik yang berlandaskan ISLAM, maka PAS ditentang oleh kerana ISLAM yang diperjuangkan. Cube anda lihat mengapa HAMAS ditentang oleh Amerika dan Israel? Hatta Mesir juga menentang HAMAS? Kerna perjuangan politik HAMAS adalah berlandaskan ISLAM dan ingin menegakkan pemerintahan ISLAM dan menghalau keluar Yahudi Laknatullah dari bumi Palestin yang suci. Begitu juga dengan PAS.)

4) Sunnah
- PAS ingin menghidupkan semula SUNNAH RASULULLAH SAW yang ditinggalkan jauh bagi memperolehi keberkatan dengan cara mengikut Sunnah Baginda SAW.

(Sunnah telah dipandang hina oleh musuh2 ISLAM itu sendiri sehinggakan mereka yang berjanggut adalah PENGGANAS ANTARABANGSA dan takde pisau cukur nak cukur. Menghina Sunnah RASULULLAH SAW sama dengan menghina diri Baginda SAW. Sunnah yang diajarkan bukan suatu perkara yang main2 dan boleh dipersendakan. Kerna apa yang dilakukan oleh RASULULLAH SAW adalah atas perintah ALLAH SWT untuk menjadi ikutan dan turutan umat ISLAM itu sendiri.)

Hanya empat faktor yang ingin ambo sampaikan dan ini membuka mata hati bagi mereka yang menentang ISLAM. Terus terang ambo ceritakan pada ketika dahulu ambo merupakan seorang yang menentang PAS kerna kejahilan ambo ketika itu terhadap agama ISLAM yang suci ini. ALhamdulillah ambo diberi petunjuk dan hidayah oleh ALLAH SWT untuk tidak terus menentang, tetapi untuk bersama berjuang dengan perjuangan PAS ini. Kenapa ambo menyokong PAS? Kerna PAS adalah satu2 parti politik yang memperjuangkan ISLAM di MALAYSIA ini secara menyeluruh tanpa meninggalkan satu pun kalimat. Jangan kita dimainkan lagi dengan agenda yang tidak benar tentang PAS.

Seperti isu peruntukan 3 juta PAS kepada penulis blog, ambo lupa namanya untuk memburukkan kerajaan MALAYSIA, dan ini memperlihatkan perjuangan ISLAM akan ditentang sampai hari kiamat dan pejuang2 ISLAM akan terus diuji dalam firman ALLAH SWT dalam surah Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


jadi janganlah kiota berasa hairan kerna perjuangan yang suci dan ikhlas pasti ada rintangan dan dugaan. ALLAH SWT ingin melihat kita bersabar dan redha dengan segala dugaan seperti kesabaran RASULULLAH SAW menyampaikan ISLAM pabila ditentang dengan hebat oleh orang Musyrik.

Sekadar itu yang ambo ingin sampaikan, bagi umat ISLAM yang tidak solat, maka solatlah kerna ianya membezakan ISLAM dengan kafir. Kepada yang solat marilah kita memenuhkan Masjid2, Madrasah2 dan Surau2 agar kesatuan dan perpaduan UMMAH dapat dibentuk semula dan dengarlah majlis2 ILMU yang disampaikan oleh para ILMUAN ISLAM. Sekian slam ISLAM untuk semua. Mudah2han ianya bermanfaat untuk kita semua.