Tuesday, June 22, 2010

Mansuhkan UPSR Dan PMR?



Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Kali ini ambo ingin memberikan beberapa pendapat dan mengulas mengenai cadangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Ini berikutan para pelajar hanya belajar bersungguh-sungguh utnuk target peperiksaan itu sahaja, dan bukannya setiap hari. Memang ada benarnya memandangkan para pelajar hanya akan menumpukan perhatian pada peperiksaan tersebut dan mendapat habuan mereka. Bagi ambo pula, ambo merasakan ianya tidak perlu dimansuhkan malah ditambah baikkan sahaja. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor akademik itu sendiri yang terdiri dari pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri. Cadangan ambo untuk menambahbaikkan lagi peperiksaan ini berikutan para pelajar hanya berminat menanti saat2 akhir peperiksaan utnutk mengulangkaji dan memahami subjek yang dipelajari. begitu juga dengan guru, yang hanya memberi penekanan bila hampirnya peperiksaan berikut. Berikut adalah cadangan ambo dalam penambahbaikkan peperiksaan tersebut;

1) Sistem Pembelajaran:
- sistem pembelajaran yang dilaksanakan sekarang amat mudah berbanding dahulu, dengan pelbagai subjek yang diajar pada waktu pembelajaran memberikan impak yang negetif pada para pelajar.
- ini kerana subjek yang berlainan dan di ajar pada hari yang sama amat memudahkan para pelajar untuk memahami pelajaran tersebut, dengan ini memudahkan mereka hanya dengan menunggu saat2 akhir peperiksaan untuk mengulangkaji pelajaran tersebut.

2) Pelajar:
- pelajar terbahagi kepada pelbagai kategori yang berlainan dan minat dalam pelajaran yang berbeza.
- seharusnya pelajar ini diberikan kelas tambahan yang percuma untuk menarik minat tentang pelajaran dan menuntut ilmu.
- adakalanya pelajar yang susah kehidupannya tidak berkesempatan untuk ke kelas tuisyen, jadi cara ini dapat membantu serba sedikit untuk menarik minat mereka terhadap ilmu.
- maka sejak awal persekolahan lagi, mereka akan minat untuk belajar dan bukan setakat menanti UPSR atau PMR sahaja.

3) Guru-guru:
- kebanyakkan guru yang ada sekarang merupakan bidang terjun, dulu belajar subjek lain dan memohon jadi guru kerana peluang pekerjaan yang kurang di MALAYSIA ini dan tidak dapat berdaya saing dengan pekerja lain.
- berikutan itu, bagi para guru yang hanya mementingkan pekerjaan daripada tanggungjawab mendidik dan menarik minat pelajar sejak dari awal lagi, tidak perlu untuk mengajar dan cari kerja lain.
- guru yang berdedikasi, berdisiplin dalam mendidik pelajar, secara tidak langsung akan menarik minat para pelajar tersebut.
- kebanyakkan guru yang ada sekarang, tidak tahu menerangkan sesuatu pertanyaan dengan tepat sehinggakan para pelajar malas hendak bertanya.
- seperti contoh yang berlaku dahulu ketika ambo berada di tingkatan dua, ambo tanya guru matematik tersebut cara penyelesaian untuk jawapan tersebut, malah guru tersebut menyatakan "kamu tenguklah buku",?

Jadi kaedah memansuhkan UPSR dan PMR tidak perlu dilaksanakan, yang perlu dilaksanakan adalah penambahbaikkan, mengkaji semula kemasukkan dan pelantikkan guru-guru baru. Perkara menyebarkan ilmu ini bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan. Perkara ini yang perlu dikaji dan diselidiki dari akar umbi. Dalam al-Qur'an wahyu yang pertama diturunkan ialah meneankan aspek menuntut ilmu. Jadi ilmu ini amat penting untuk semua insan. Maka kajian dari pucuk pimpinan dan akar umbi perlu dilaksanakan bagi memastikan ilmu itu mudah dan dapat difahami oleh setiap pelajar, dan bukan hanya semata untuk memansuhkan peperiksaan dan menggantikan kaedah yang lain.

Sekian salam ISLAM untuk semua.