Monday, June 21, 2010

Perjuangan



Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam ISLAM untuk semua. Sudah lame ambo x menulis d blog ini memandangkan kesibukan yg sukar di bendung iaitu kita perlu beringat sebelum di beri peringatan. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara dan ianya telah di tekankan dalam surah al-'asr. Tidakkah kita umat Islam sedar apa yang telah menghantui hati kita pada saat dan ketika ini? Tidakkah kita sedar bahawa panggilan JIHAD telah berkumandang di setiap penjuru dan sudut? Ini satu seruan kewajipan untuk setiap pemuda ISLAM yang mengiginkan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. InsyaALLAH! Pada saat ini, pelbagai fitnah yang telah dilemparkan kepada para pejuang yang ingin menegakkan kembali sistem pemerintahan dan pentadbiran ISLAM di muka bumi ini. Setelah kejatuhan Turki Uthmaniyyah, sistem ISLAM telah ditukar ganti dengan sistem sekular. Kini perjuangan politik ISLAM telah dianggap sebagai satu politik yang menyeleweng, pada hakikatnya ianya adalah satu fitnah yang amat besar sekali.

Cuba kita rujuk semula perjuangan RASULULLAH SAW dalam menyebarkan ISLAM d jazirah ARAB, pemerintahan ISLAM yang pertama di MADINAH. Tidakkah itu memperlihatkan bagaimana politik ISLAM yang dimainkan oleh RASULULLAH SAW dalam melaksanakan perundangan dan pemerintahan di MADINAH. Strategi yang dilaksanakan RASULULLAH SAW sebelum hijrah ke MADINAH, mengadakan perjanjian dengan kaum dan puak yang ada d MADINAH. Di mana seluruh kaum di MADINAH perlu mengakui ISLAM sebagai suatu agama yang suci, dan pemerintahan ISLAM merupakan pemerintahan yang perlu dilaksanakan.

Ambo ingin mengambil kisah mengenai Hijrah. Disini jika di amati dari sudut politik memang jelas menunjukkan suatu perubahan pemerintahan, dimana Hijrah yang dilaksanakan oleh RASULULLAH SAW ke MADINAH adalah bertujuan keluar dari pemerintahan JAHILIYYAH kepada pemerintahan ISLAM yang lebih adil dan saksama. (ini ambo analisis mengikut pandangan ambo dari sudut politik, sebab kebanyakkan mereka yang menyambut Ma'al Hijrah tidak mengetahui maksud yang tersirat dari peristiwa Hijrah) Hijrah ini bukan sekadar untuk dinyanyikan oleh umat sekarang, ianya adalah untuk kita semua amati dan teladi. payah sangat agaknya orang sekarang nak memahami. Hehehehe.... Dimana pemerintahan kaum jahiliyyah MAKKAH merupakan sistem pemerintahan yang zalim, tiada kebebasan beragama, bersuara, beribadat, zalim dan mengamalkan riba. maka perintah Hijrah ini adalah bertujuan untuk membuktikan keadilan dalam sistem pemerintahan ISLAM yang berpandukan al-Qur'an dan Hadist. ianya berjaya dibuktikan dengan bertambah ramainya yang memeluk ISLAM yang suci ini.

Adakah ini suatu petanda bahawa kita lebih seronok dengan kemewahan duniawi yang sementara berbanding dengan janji ALLAH SWT untuk kebahagiaan selamanya di AKHIRAT kelak?Janji ALLAH SWT adalah PASti bagi mereka yang berfikir. Maka bagi kita yang tidak serba tahu ini perlu untuk berjuang walau bagimana cara sekalipun untuk memastikan DAULAH ISLAMIYYAH kembali menyinari bumi ini. Golongan-golongan ulama' inilah yang perlu kita sokong kerna merekalah yang akan membimbing kita ke jalan yang benar dan di redhai ALLAH SWT, malah golongan ulama inilah yang telah diserang habis-habisan dengan fitnah yang dasyat dan telah terbukti dengan terbahaginya kepada beberapa golongan umat. Ulama telah ditentang..masyaALLAH!!! Marilah kita muhasabah diri demi kebaikan kita bersama. InsyaALLAH....ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!

Sekian Salam ISLAM untuk semua.