Monday, June 7, 2010

Pengabungan PAS & UMNO?




Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Pada hari ini ambo ingin membincangkan serab sedikit mengenai isu yang (HAMBA ALLAH) ini cube ketengahkan pada ambo iaitu ingin menggabungkan PAS dan UMNO ataupun bekerjasama. Isu yang ingin ambo kupaskan ini bukan berdasarkan kepada idea mana2 pihak, tetapi ambo akan menjawab sendiri mengikut pandangan ambo. Maka tidak ada dana yang diberikan pada ambo oleh mana2 pihak, dan jangan menuding jari terhadap mana2 pihak dan mendakwa ambo di taja oleh mereka. Ambo menilai mengikut pandangan ambo sendiri. Antara sebab mengapa ambo ingin mengupas isu ini adalah kerna ada pihak ingin PAS dan UMNO bergabung. Pada isu ini, ambo terasa amat kecewa sekali dengan sikap pihak tersebut kerna cuba mempertikaikan kredabiliti PAS sebagai sebuah PARTI ISLAM SE-MALAYSIA bukan parti ISLAM se-bangsa. Perlu diingat, mengapa PAS merupakan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA? Ini jelas menunjukkan bahawa ISLAM itu tidak mengira bangsa dan kaum, semuanya sama. hanya yang membezakannya ialah iman dan amal seseorang itu.

Terdapat beberapa sebab mengapa penggabungan ini tidak akan berlaku dan ambo hanya akan mengupas apa yang diperjuangkan oleh PAS dan ambo tidak akan mengupas parti lain. Ini memandangkan dasar perjuangan PAS adalah berlandaskan prinsip ISLAM yang suci, namun bagi parti yang ingin bergabung dengan PAS perlu bersetuju dengan prinsip ISLAM ini. Bagi yang tidak memahami akan menilai bahawa PAS adalah salah, namun hakikatnya mereka yang menilai itu tidak tahu mengenai apa yang diperjuangkan PAS. Ambo telah dikatakan fanatik dengan PAS, namun hakikatnya mereka tidak tahu apa itu PAS, hatta maksud PAS itu barangkali mereka tidak mengetahuinya. Alangkah sedihnya ambo. Jadi bagi parti yang ingin bergabung dengan PAS perlulah bersetuju dengan cara PAS.

Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang perjuangan dan dasar PAS, bolehla lawati laman sesawang PAS di http://www.parti-pas.org untuk maklumat yang lanjut dan terperinci, jika malu maka tanyalah tok guru. Jika xmahu juga, tanyalah iman.

Sekian dari ambo dan salam ISLAM untuk semua.