Tuesday, July 20, 2010

KetidakADILan Dalam Undi Bazar Ramadhan

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Disini ambo ingin paparkan video mengenai ketidakADILan DBKL dalam proses pengundian tapak Bazar Ramadhan 2010 yang dijalankan pada 19/7/2010 bertempat di Stadium Titiwangsa. Dianggarkan 1000 tapak untuk diundi, namun yang tinggal hanya 384 tapak bagi 15,000 pemohon? Adakah ini suatu yang relevan? Ini adalah karenah birokrasi, dimana yang kuat dan gagah akan berada di atas (peniaga yang kaya akan dapat tapak terlebih dahulu tanpa melalui proses pengundian), manakala mereka yang lemah akan sentiasa berada dibawah (peniaga kecil-kecilan) diinjak-injak dan dinafikan hak yang sewajarnya. Jika motto "RAKYAT DIDAHULUKAN" tidak dilaksanakan di DBKL, macam mana mahu ianya menjadi satu realisasi KERAJAAN? Lebih bagus dan baik tukar kerajaan PAKATAN RAKYAT, yang lebih mengambil berat mengenai rakyat. InsayALLAH saksikanlah.