Monday, July 19, 2010

Salam Perjuangan

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Disini ambo ingin mengucapkan kesyukuran kehadrat ILAHI dengan berkat dan keredhaanNYA mengizinkan kami enam orang sahabat menyertai PAS. Alhamdulillah syukur tak terhingga ambo ucapkan. Disini ambo ingin menjelaskan tujuan sebenar menyertai PAS. Dan bukan sekadar semangat di bibir, tapi takut dan gerun di hati dengan perjuangan PAS. Ini bertujuan bagi memastikan matlamat sebenar PAS dapat dilaksanakan dengan sepenuh perhatian, konsisten dan komited dengan perjuangan PAS. Kita semua sudah maklum bahawa PAS memperjuangkan ISLAM secara total, bagi ahli baru yang belum pernah tahu, perlu memperbanyakkan pertemuan dengan Ulamak PAS, Majlis-majlis ILMU yang diadakan, USRAH dan sebagainya.

Terdapat beberapa perkara yang ingin ambo sampaikan bagi mereka yang ingin berjuang bersama PAS;

1) Ilmu
- jika mahu berjuang, ilmu di dada perlu ada agar tidak tersasar dari landasan yang sebenar.
- ini bertujuan agar apa yang kita ingin perjuangkan lebih bersifat rasional dan pegetahuan, agar mudah untuk disampaikan kepada yang belum mengetahui.

2) Iman
- tanpa iman, kita akan tersasar dari perjuangan PAS.
- Ilmu dan Iman tidak boleh dipisahkan kerna ianya saling berkaitan.

3) Ukhuwah
- ukhuwah amat penting, kerna ISLAM mengajarkan kita semua adalah bersaudara.
- tidak perlu ada sikap hasut menghasut, tamak dan hasad dengki terhadap saudara ISLAM yang lain.
- bertujuan untuk mengeratkan lagi UMMAH.

4) Hati
- hati perlu dijaga agar tidak mudah ditembusi dengan hasutan dan fitnah liar.
- jaga hati dari terjerumus dari sifat dan sikap riak dalam memperjuangkan PAS.

5) Matlamat
- matlamatr sebenar dalam menyertai PAS.
- atas dasar ikutan atau ketidakfahaman mengenai perjuangan PAS

Hanya lima perkara yang ingin ambo sentuh, jadi bagi mereka yang baru menyertai PAS, jangan hanya mengambil kira kuantiti, namun kualiti yang ada untuk sama-sama memperjuangkan ISLAM yang suci ini. Sekian salam ISLAM untuk semua.