Friday, July 23, 2010

Rasuah

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Selamat Hari Juma'at yang penuh keberkatan buat sekalian umat ISLAM di dunia ini. Tak kira di mana anda berada. InsyaALLAH semoga hari ini penuh dengan keceriaan dan kegembiraan dengan nikmat yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada sekalian makhlukNYA. Amiin.

Kali ini ambo ingin menyampaikan kesan dan akibat daripada perbuatan rasuah yang sering kali dilaksanakan dengan jayanya di MALAYSIA ini. Setiap negara terdapat tragedi rasuah, memandangkan wang dengan mudah diperolehi tanpa usaha dan keringat yang kuat.

Pelbagai kesan akibat dari rasuah misalnya;

1) Defisit
2) Kejatuhan Ekonomi
3) Tamak
4) Kezaliman

Empat perkara tersebut merupakan kesan dari pengambilan rasuah. Defisit misalnya, harga barang akan naik mendadak akibat dari wang negara telah diambil secara peribadi untuk meluluskan sesuatu projek atau sebaliknya. Jika mengikut prosedur yang ditetapkan, sesuatu projek tersebut mestilah mengikut beberapa proses dengan ramainya pembida yang menawarkan untuk melaksanakan projek tersebut. Akan tetapi, dengan pemberian rasuah yang cukup tinggi, mereka yang akan dapat projek tersebut. Wang tersebut tidak dimasukkan ke akaun negara, malah ke akaun peribadi. Kerajaan tidak dapat menanggung subsidi, harga barang terpaksa dinaikkan.

Ianya juga bersabgkut paut dengan kejatuhan ekonomi negara seperti yang terjadi di INDONESIA misalnya.

Menteri yang mengambil rasuah tersebut menjadi semakin tamak, harta rasuah yang dikumpulkan dirasakan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian mereka dan juga untuk keturunan mereka sehingga mencapai tujuh keturunan. ASTAGHFIRULLAHALADZIM.

Maka terjadinya kezaliman, yang lemah akan ditindas, miskin bertambah miskin maka akan banyaklah program bersamamu TV3, jejak miskin dan sebagainya. Yang kaya akan terus jadi kaya sehinggakan menjadi raya pun ada. Inilah kesan yang sangat teruk akan terjadi jika rasuah itu tidak akan dibanteras habis-habisan.

Adakah kita masih lagi dibuai mimpi, dengan aa yang terjadi sekarang ini? Perubahan perlu dilaksanakan untuk mencapai suatu kejayaan. Keadilan perlu ditegakkan kerna rakyat yang bersusah payah bekerja, namun kerajaan korup yang dapat habuannya.

KITA PERLU BERUBAH!!!

Sekian salam ISLAM untuk semua. ALLAHUAKBAR!!!