Saturday, July 24, 2010

Bilakah?

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH SWT yang menciptakan alam ini dengan penuh keajaiban dan menakjubkan. SUBHANALLAH. Menghidupkan manusia, memberikan rezeki, rahmat dan inayat pada hamba-hambaNYA. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil bait, sahabat RA yang berjuang dengan seikhlas hati menegakkan syiar ISLAM dan HUKUM ALLAH SWT di atas muka bumi ini demi mencari keredhaan ALLAH AZZAWAJALLA. ALLAHUAKBAR!!!

Bilakah? Adakah ini suatu propaganda? Provokasi atau pun apa-apa sahaja yang bermain difikiran anda semua. Bilakah? ini memang ambo sengaja meletakkannya kerna ada sesuatu yang amat terahsia yang setiap makhluk ini tdak mengetahuinya selain ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI.

Kapan? Bilang orang Jakarta, namun apakah yang dimaksudkan dengan bilakah? ini. Sungguh ambo pun tertanya-tanya mengenainya.

Ianya suatu yang misteri tapi akan PASTI berlaku. Tapi Bilakah? ianya akan berlaku.

Ianya tidak dapat dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat. Adakah kita tahu akan halnya perkara tersebut?

Tidakkah kita bersedia menghadapai Bilakah? ini.

Adakah kita terlupa akan hakikat sebenar hidup di dunia ini.

Atau kita menganggap tiada kehidupan selepas ini. Seperti yang terkandung didalam al-Qur'an;

"Mereka berkata, 'Tiadalah ia, melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan tiada yang memusnahkan kita melainkan masa.' Mengenai itu mereka tidak mempunyai pengetahuan; mereka hanya menyangka." (45:24)

SUBHANALLAH, amat rugilah mereka yang menafikan perkara tersebut. Maka mereka akan ditimpa azab yang amat berat. NAUZUBILLAHIMINZALIK.

Jadi Bilakah? ini merupakan bila saatnya, kapanya kita akan di cabut nyawa dan bertemu dengan ALLAH SWT yang menciptakan kita.

Sungguh setiap makhluk tidak mengetahuinya melainkan ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI.

Jadi marilah kita bersama-sama bersedia menghadapi Bilakah? ini mudah-mudahan kita akan ditempatkan didalam golongan yang beriman. INSYAALLAH. Serti maksud ayat al-Qur'an tersebut;

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

Marilah kita bersedia sepenuhnya. Sekian salam ISLAM untuk semua.