Tuesday, August 3, 2010

KeikhLasan Berjuang

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Syukur ALLHAMDULILAH di ucapkan kehadrat ALLAH SWT yang masih memberi kesempatan untuk ambo bernafas dalam dunia ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil bait dan sahabat RA. Kali ini ambo berkesempatan untuk menulis mengenai suatu keikhlasan perjuangan. Kerna ada yang menceritakan kepada ambo mengenai sesetengah 'INSAN' yang menyertai PAS hanya kerna mahukan pangkat dan nama sahaja. Bukan kerna keikhlasan perjuangan. terutamanya kepada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia politik yang penuh dengan onak dan duri ini.

Tujuan ambo menulis isu ini bukan untuk memperbesarkan suatu isu, akan tetapi untuk menjaga nama baik dan perjuangan PAS itu sendiri. Ini kerna ada yang menyertai PAS semata-mata untuk memperolehi pangkat dan darjat dalam PAS, namun hakikatnya tidak tahu perjuangan PAS itu bagaimana.

Ada beberapa perkara yang ingin ambo senaraikan untuk tatapan kita bersama dan kepada mereka yang mahukan pangkat dan darjat di PAS.

Perkara yang perlu ada dalam diri;

1) Keikhlasan
- adakah anda menyertai PAS benar-benar ikhlas mahu menegakkan agama ALLAH SWT atau semata-mata mahu menunjukkan di khalayak ramai anda seorang pejuang?

2) Niat
- adakah niat anda LILLAHITA'ALA?

3) Perjuangan
-adakah anda tahu akan perjuangan sebenar PAS? atau anda menyertai PAS kerna dorongan riyak?

4) Fahaman
-apa yang anda faham mengenai PAS? Perjuangan PAS?
-atau anda tidak faham aa-apa?

5) Pengetahuan
-adakah anda mempunyai pengetahuan dalam bidang politik untuk membicarakan sesuatu hal?

6) Ilmu
-tanpa ilmu, mampukah anda untuk berjuang?
-maka sia-sialah anda yang tidak mempunyai ilmu atau tidak mahu menuntut ilmu dan berlaku sombong diatas muka bumi ALLAH SWT ini.

Bacalah dan fahami dengan sebenar-sebenarnya apa yang ingin ambo samapaikan. Bukan ambo mahu menuduh sembarangan, akan tetapi ada yang bercerita tentang perkara ini kepada ambo. Ambo tidak mahu satu-satunya parti/jemaah ISLAM rosak kerna ada mereka yang berperangai macam kulat.

Marilah kita berjuang dengan pebuh keikhlasan, bukannya pembalasan. Kerna dengan keikhlasan, sesuatu perjuangan akan terlaksana dengan berjaya. InsyaALLAH.

Sekian salam ISLAM untuk semua.