Tuesday, August 17, 2010

Kembali Kepada AL-QUR'AN

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH SWT TUHAN SEKALIAN ALAM yang masih memberi ruang untuk ambo menarik dan menghirup udara di bumi ALLAH SWT ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW dan AHLIL-BAIT serta para SAHABAT RA.

Kali ini ambo ingin menulis serba sedikit mengenai tazkirah shahru Ramadhan yang di sampaikan oleh alfadhil Ustaz Syuhadi selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih, yang bertajuk "Kembali Kepada al-Furqan".

Beliau menceritakan mengapa al-Qur'an itu juga di sebut sebagai al-Furqan. Ini kerna ianya membawa maksud membezakan antara yang HAQ dengan yang BATHIL.

Ini kerna al-Qur'an di turunkan sebagai pembimbing untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu dengan keredhaan ALLAH SWT.

Ambo ingin menyampaikan beberapa perkara yang telah disampaikan oleh ustaz tersebut mengenai pemasalahan zina,buang bayi,bunuh,rogol dan sebagainya.

Hanya al-Qur'an yang dapat membendung masalah ini, manakan tidak, al-Qur'an adalah firman ALLAH SWT,dan ALLAH jua yang MAHA MENGETAHUI yang terbaik untuk hamba-hamba NYA.

Namun, masih ada yang menentang untuk melaksanakan hukum ALLAH SWT DALAM AL-QUR'AN.

Hanya itu yang ambo dapat sampaikan, memandangkan kesuntukan masa.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.