Tuesday, August 24, 2010

Sharu Ramadhan

Assalammualaikum dan salam ISALM untuk semua. Alhamdulillah syukur keadrat ALLAH SWT yang telah memberi kesempatan hidup untuk ambo dan manjalani ibadah Ramadhan dengan aman dan damai serta sabar. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para sahabat RA. Sesungguhnya mereka menyebarkan dakwah ISALMIYYAH dengan sabar dan iklhas.

Tujuan ambo menulis blog pada ketika ini ialah tentang shahru ramadhan dimana ramai yang telah lupa dan lalai mengenainya. Mereka hanya ingat ketika penyimpan mohor besar mengisytiharkan tarikh permulaan puasa dan akan terkejut bila pengumuman hari raya kerna lalai dari mengingati ALLAH SWT di bulan yang mulia ini.

Adakah kita sedar bahawa peluang yang diberikan oleh ALLAH SWT untuk umat RASULULLAH SAW ini adalah untuk digunakan dengan sebaik yang mungkin? Tidakkah kita sedar akan itu?

Ini kerna masih terdapat ramai lagi yang mensia-siakan sharu ramadhan ini dengan adegan-adegan yang tidak mahu kita ikuti dan lalui. maksiat yang berterusan tanpa penghunjung. NAUZUBILLAHIMINZALIK!!!

Adakah kita mengaku sebagai muslim akan tetapi perintah yang telah di fardhu kan kepada kita, kita abaikan dan membuatkan ianya seperti hal-hal yang remeh?

Apakah mereka akan ingat mereka tidak akan dikembalikan pada ALLAH SWT?

Adakah mereka mengakui bahawa mereka sesudah mati menjadi tulang-temulang tidak akan dihidupkan semula?

Sungguh mereka berada dalam keadaan kesesatan yang nyata!!!

Jadi bagi mereka yang diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk hidup dan melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini, ayuh kita buat yang terbaik mungkin agar kita semua akan diredhai oleh ALLAH SWT. InsyaALLAH amiin...

Sekian salam ISLAM untuk semua.