Pada kali ini ambo ingin menulis mengenai beberapa isu yang melibatkan kekacauan ilmu dan iman di mana ada sahabat ambo di facebook menulis di wall ambo mengenai "Doa' Jibril Menjelang Ramadhan: Ya ALLAH, abaikanlah puasa ummat MUHAMMAD SAW. (ASTAGHFIRULLAH) Ketika masuknya ramadhan Jibril tidak memohon maaf, maka saya (PENGIRIM) memohon maaf terlebih dahulu agar dapat melakukan ibadah dengan khusyuk". Astaghfirullahaladzim, ambo harap sahabat ambo tersebut memohon keampunan daripada ALLAH SWT, sesungguhnya beriman kepada MALAIKAT adalah RUKUN IMAN YANG KE-2. Tidakkah ianya mengerti? Apakah ilmu yang dipelajarinya? Sungguh mereka berada dalam kesesatan yang nyata.
Jibril adalah sebaik-baik malaikat yang ALLAH SWT ciptakan, adakah doa tersebut yang Jibril doakan untuk ummat MUHAMMAD SAW? Sungguh mustahil, maka menangla musuh-musuh ISLAM bersorak gembira kerna yang menyampaikannya adalah orang ISLAM juga yang tidak mahu menuntut ilmu. Astaghfirullahaladzim!!!
Jika mereka mempunyai ilmu, maka dengan tidak sewenang-wenangnya berbuat sedemikian. Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad? Adakah masih lagi anda tidak faham? Atau anda mengakui sudah cukup ilmu anda? Sungguh manusia dalam kerugian kerna berlagak sombong di atas muka bumi ALLAH SWT!!!
Kepada sahabat yang menulis di wall ambo tersebut, ambo nak bagitahu antara doa' Malaikat Jibril ialah "CELAKALAH MEREKA YANG MENEMUI RAMADHAN, AKAN TETAPI TIDAK MENDAPAT KEMAPUNAN DARIL ALAH SWT!!!" Ha yang ni barula betul, celaka kita bila ramadhan yang ada ini kita lalai dalam beribadah, beribadah tanpa ilmu adalah sia-sia, walaupun usia sudah lanjut, ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita. Ingatlah ketika kita mati, yang tinggal adalah tiga perkara iaitu;
1) Amal jariah
2) Ilmu bermanfaat
3) Anak soleh dan soleha
Adakah anda masih tidak memahaminya? Jangan buat-buat tidak faham dahla. Bukan ambo mahu menghentam sahabat ambo tersebut, namun untuk sama-sama beringat bahawa azab ALLAH SWT itu AMAT DASYAT!!!
Marilah sama-sama kita tanamkan pada diri kita cintakan akan ilmu. Jika anda malu bertanya, maka kenerakala jalannya. Sesungguhnya ada rancangan tanyalahustaz[at]tv9.com.my maka jangan sia-siakan peluang ini. Mari sama-sama kita bertanya, dengan bertanya insyaALLAH kita akan jumpa jalan yang lurus, iaitu jalan kearah keredhaan ALLAH SWT. InsyaALLAH!!!
Sekian salam ISLAM untuk semua. Jika ambo ada silap dan salah, harap dimaafkan dan diperbetulkan kerna ambo banyak melakuan kesilapan diatas muka bumi ALLAH SWT ini.
p/s: kepada sahabat-sahabat, facebook ambo Jepusan Rohansan sudah tiada lagi. Ambo tidak mahu lagi terlibat dalam arena facebook buat masa sekarang. Jadi ambo tiada facebook sudah. Kepada mereka yang memfitnah ambo mengatakan ambo mempunyai FACEBOOK, harap bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Selagi mana nyawa belum berada di kerogkongan, selagi itu pintu taubat masih lagi terbuka. InsyaALLAH!!! Jika ada apa-apa pertanyaan silahlah email ke: jesfrihendri[at]gmail.com atau yahoomessenger ambo: jepusan.