Sunday, August 29, 2010

Maksiat Berleluasa

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Segala puji bagi ALLAH SWT TUHAN SEKALIAN ALAM yang telah memberi peluang pada ambo untuk terus bernafas di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW,ahlil-bait serta para sahabat RA.

Dikesempatan ini ambo ingin berkongsikan beberapa cerita yang perlu di ambil ikhtibar. InsyaALLAH!!! Hal yang pertama mengenai ilmu yang acap kali ditekankan oleh al Fadhil Ustaz Mohammad Syuhadi dalam tazkirah Ramadhan setelah selesai menunaikan solat sunat tarawih berjemaah.

Dalam tazkirah tersebut, beliau memberitahu bahawa pentingnya ilmu itu dalam melaksanakan sesuatu ibadah. Kerna dengan ilmu kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan khusyuk. InsyaALLAH!!! Namun masih ada juga insan yang degil,bongkak,riak dan takabbur dalam kehidupan ini dengan menyangka sudah cukup ilmu dalam dada. Jika anda mempunyai ilmu, maka solat yang anda lakukan adalah mengikut apa yang diajarkan oleh baginda RASULULLAH SAW. Bagi mengelakkan anda melakukan sesuatu perkara yang tidak diajarkan oleh RASULULLAH SAW. Maka tanamkan dalam hati, tamakkan ilmu. InsyaALLAH akan dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Perkara berikutnya yang ingin ambo kongsikan ialah mengenai Restoran Mamak yang beroperasi 24jam. Tak kan restoran boleh beroperasi 24jam sehinggakan masa untuk ALLAH SWT langsung tidak ada? Tidakkah kamu berfikir siapakah yang memberikan rezeki kepada kamu? Atau kamu pemilik restoran mamak yang meletakkan nama ALLAH SWT di restoran menyangka bahawa yang memberi rezeki kepada kamu adalah mereka yang tidak puasa? Sungguh, kamu berada dalam kesesatan yang nyata!!! Nauzubillah!!!

Ini berikutan, setiap kali ambo melalui kawasan restoran mamak itu mahu ke surau pada waktu subuh, masih ramai lagi yang makan-makan dan menghisap rokok, walhal sudah azan. Adakah mereka mengerti apa sebenarnya puasa itu? Atau mereka tidak mahu pada rukun ISLAM lagi? Memandang ringan kewajipan yang ditetapkan ALLAH SWT? Atau kamu tidak akan mati dan kekal hidup selamanya? Nauzubillah, inilah yang berlaku, baru sahaja ditempat ambo, belum ditempat lain lagi. Wallahu'alam.

Ambo mengaitkan masalah ini dengan ilmu, jika mereka mempunyai ilmu dan berfikir dengan akal yang diberikan, nescaya mereka tidak akan berbuat sedemikian.

Sekian salam ISLAM untuk semua.