Thursday, September 16, 2010

Berfikirkah Kita?

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Bertaqwalalh kepada ALLAH SWT kerna sesungguhnya kita lalai dalam ketaqwaan itu. ALHAMDULILAH, syukur kehadrat ALLAH SWT dengan limpah rahmatNYA dapat ambo menghirup di udara syawal yang indah ini. Selawa dan salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para sahabat RA. Tatkala kita menyambut lebaran dengan penug keinsafan hasil dari tarbiyyah ramadhan, masih ada manusia yang ingkar dengan perintah ALLAH SWT. Bunuh sana-sini, zina sana-sini dan berbagai-bagai lagi.

Apa sebenarnya yang berlaku di dunia ini sebenarnya dalah dari kesilapan siapa? Marilah kita muhasabah diri, melihat apa yang kita ingkari sehingga semua ini berlaku dengan rakus sekali. Ambo ingin menyampaikan beberapa sebab dan akibat mengapa ianya terjadi;

1) Ilmu
-dinyatakan bahawa tuntutan ilmu itu adalah wajib bagi setiap insan, namun masih ada yang alpa dan tidak mahu menuntut ilmu.
-hal yang demikianlah, mereka merasakan ilmu yang sedikit itu mampu mengatasi segala masalah.
-walhal ilmu yang ditimba hanya sedikit.
-penat para ilmuan ISLAM menyampaikan ilmu, namun masih ada yang menganggap mereka pembawa kerosakan, astaghfirullahaladzim!!! sungguh zalm mereka yang menyatakan sedemikian.

2) Akal
- tanpa ilmu, maka akal tidak dapat berfungsi dengan sebaik mungkin.
- tanpa akal juga manusia akan berkelakuan seperti binatang, namun binatanag yang tidak berakal lebih bersifat kasih sayang.

3) Amal
- hanya meraka yang gila tidak layak beramal dan melaksanakan apa yang diperintahkan.
- Islam itu 100% dan tidak ada bahagian yang patut kita amal dan ada setengahnya kita tinggalkan.
- maka tanpa ilmu yang disatukan dengan akal, bagaimana hendak beramal?

4) Iman
- maka dengan sewenangnya tiada iman, berlakulah segala kepincangan dan kerosakkan di muka bumi ini dan menafikan kewujudan ALLAH SWT sebagai TUHAN SEKALIAN ALAM.
- tanpa iman, maka kemanisan dalam ISLAM tidak dapat dirasai.

Dari empat erkara yang ambo senaraikan itu menyimpulkan satu permasalahan yang dihadapi oleh manusia yang mengakui ISALAM namun tidak sepenuhnya beriman dengan apa yang disampaikan ALLAH SWT pada RASULULLAH SAW dan di ajarkan oleh baginda. Sehinggakan hukum ALLAH SWT dilanggari dengan mengadakan hukuman sendiri dengan menggunakan buah fikiran manusia yang sangat lemah ini.

Secara logiknya, seorang jurutera ini menreka satu enjin kapal terbang, maka kerosakan yang terjadi jurutera ini akan dapat memperbaiki dan tahu untuk mengatasi masalahnya. (PERUMPAMAAN BAGI MEREKA YANG TIDAK FAHAM2 TENTANG AGAMA). Jadi manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT, maka ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI apa kelemahan manusia, maka diwahyukan al-QUR'AN sebagai sumber rujukan yang utama dalam 100% kehidupan dan juga al-HADIST. Tidakkah kita masih lagi menafikannya?

Sedangkan ALLAH SWT ditentang, manakan mungkin undang-undang manusia yang lemah ini akan diikuti oleh sekalian manusia. Maka jadilah keadaan huru-hara yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Dikesempatan ini, marilah kita menurut dan mengamalkan apa yang telah diajar oleh RASULULLAH SAW. Jangan kita menafikannya, kita ini sungguh kerdil disisi ALLAH SWT.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.