Tuesday, September 21, 2010

Ape Kes?

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih lagi memberi nikmat kehidupan pada ambo di dunia ini. Bertaqwalah kepada ALLAH SWT. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA. Di hari ini ambo ingin menyampaikan suatu kisah dari kawan ambo. Boleh juga kita ambil iktibar insyaALLAH.

Kisahnya bermula begini apabila ambo didatangi oleh sahabat ambo yang berasal dari Bangladesh ketika selesai solat sunat Rawatib selepas Maghrib. Nama beliau terpaksa ambo rahsiakan memandangkan sahabat-sahabat ambo sahaja yang mengenali, bagi yang membacanya tidak mengenali, jadi lebih afdal ambo gunakan namanya 'fulan' sahaja;

Fulan: Assalammualaikum ambo, aku ade cer nak bagitau ko ni....

Ambo: Wa'alaikummussalam...ha ape die fulan? nak jugak aku dengar ni.... lebih panas dari biasa atau ape? Hahahaha..

Fulan: Camni ambo, kita cite kat kedai kopi sana la... kat surau tak baik tau..dosa tau..hahahahaha...

Ambo: Jomla, ape lagi...

Dipendekkan ceritanya terjadi adalah begini;

" Aku sebenarnya ambo, ade nak bagitau ko satu perkara yang amat merungsigkan jiwa dan raga aku. Ianya berkisar engenai cintaku yang tertolak oleh seorang gadis kampung yang ku puja selama ini. Aku bukan ape ambo, dah lame berkasih sayang, namun akhirnya dia pergi meninggalkan aku. Mentang-mentangla aku ni miskin, kerja sebagai cleaner kat masjid ****** gaji pun tak seberapa, tiba-tiba aku kol dia petang tadi die cam nangis-nangis tak mahu lagi sama aku. Dia cakap aku taktau cari kerja, sedangkan di Bangladesh punya susah mau dapat kerja, ni boleh pulak die mau demand sama aku. Masa aku mau datang ini Malaysia ada juga aku pinjam dia punya duit, tapi aku bayar slow-slow sebab mau bagi mak bapak, adik beradik, makan minum aku, bukan aku tak bayar. Tapi dia mintak duit suruh aku cepat bayar. Dulu bukan main lagi janji sama aku tak mau tinggalkan aku siap nangis-nangis lagi. Ni camna mau buat ambo? Tolongla aku. "

Ambo yang mendengar cerita sahabat ambo ini rasa terkedu seketika, maklumla ambo ni bukanlah pakar dalam psikologi cinta ini. Namun oleh kerna sahabat ambo mintak pendapat, maka ambo berilah pendapat yang boleh juga diguna pakai oleh sekalian pemakainya. Disini ambo memberi beberapa pendapat pada sahabat ambo itu;

1) Al-Qur'an
- rujuk semula al-Qur'an, adakah terdapat hukum percintaan?
- payah jugak ambo nak terangkan kerna ambo bukan ahli tafsir.
- maka rujuklah tafsir mengenai hubungan lelaki dan wanita.

2) Hadist/ Sunnah
- adakah dalam hadist/sunnah RASULULLAH SAW ada menatakan tentang percintaan sebelum perkahwinan?
- ini pun sukar jugak ambo nak jelaskan kerna ambo bukan pakar dalam ilmu hadist.
- maka tanyalah pada ilmuan ISLAM.

3) Solat
- laksanakanlah solat dengan tenang dan sabar, kerna akan menyelesaikan setiap permasalahan.

4) Zikrullah & Selawat
- mengigantkan kita akan kasih dan cinta ALLAH SWT pada hamba-hambaNYA.
- begitu juga dengan cinta RASULULLAH SAW pada umatnya sehinggakan diberikan syafaat kepada umat yang cinta kepada RASULULLAH SAW.

Empat perkara ini yang ambo jelaskan pada sahabat ambo itu, nampak seperti tidak membantu apa-apa bagi mereka yang tidak berfikir dan jika difikirkan juga, adakah ianya berkaitan?

Payah jugak rupanya, namun sebab ambo memberikan empat perkara sedemikian adalah untuk menyedari kesilapan kita dan kembali kepada jalan yang sebenarnya. Jangan kita tertipu dengan hiasan duniawi yang sementara.

Dalam masalah sahabat ambo ini, beliau seakan-akan taksub dengan cinta dunia, sehingga terasa kecewa dalam dirinya. hakikat sebenarnya kita perlu rasa kecewa jika ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW tidak mencintai kita, itu yang perlu kita kecewakan. Mengenai permasalahan pinjaman wang dahulu, teruskan bayar beransur-ansur walau si dia minta disegerakan melangsaikan segala hutang, tenang dan sabar menghadapi dugaan ini. Pasti ALLAH SWT akan membantu.

Itu sahaja yang dapat ambo kongsikan untuk pembaca sekalian. Ayat dalam dialog ini terpaksa ambo tukarkan kepada ayat yang lebih mudah difahami memandangkan lengguk bahasa yang digunakan oleh sahabat ambo ini payah hendak difahami.

Sekian salam ISLAM untuk semua.