Sunday, October 3, 2010

ISU PKR

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH, bertaqwalah kepada ALLAH SWT dengan sebenar-benar taqwa dan mohonlah hidayah dan taufiq dari ALLAH SWT. Selawat dan SALAM keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA. Di pelbagi ceruk dan peruk kita mendengar mengenai kekecohan dalam pemilihan PKR. Sebenarnya sudah lama ambo ingin meneliti perkara ini, dan ianya bermain-main difikiran ambo adakah BN akan berjaya menghancurkan PKR di MALAYSIA ini, dan para penyokong dan pengundi PKR akan lari ke BN? Wah memang panas dan hangat walaupun hujan membasahi bumi MALAYSIA.

Terdapat beberapa perkara yang ringkas ingin ambo senaraikan disini, memandagkan ambo tak perlu menaip dengan panjang lebar kerna kita dianugerahkan akal yang sehat oleh ALLAH SWT dan ilmu yang tidak pernah habis-habis untuk kita sentiasa tuntuti dan dalami.

1) Berita
- kita sudah maklum semua stesen berita di MALAYSIA yang berjaya melepasi undang-undang Kementerian Penerangan akan dibenarkan bersiaran di stesen TV tanpa sebarang gangguan.
- berita ngeri mengenai PKR amat dinantikan oleh BN untuk memberikan pandangan yang jelas mengenai PKR yang berebut kuasa.
- jadi tersebarlah PKR parti 'nepotisme', gaduh-gaduh dalam pemilihan parti.
- nak tengok berita PAS, PKR, dan DAP kena ada internet agar mudah dapat tengok kat PC atau laptop, namun setakat mana manusia kat MALAYSIA ada internet di rumah sendiri, hatta komputer.
- penonton yang budiman mulailah rasa goyah dengan berita ini, dan mula berkira-kira nak undi parti lain.

2) Akhbar
- sama jugak la kot dengan berita kat TV ni?
- senang nak beli kat kedai.
- nak beli akhbar PAS, PKR dan DAP sukar sebab lesen penjualan dibenarkan sebulan 2 kali pengeluaran, nak beli kene pergi ke markas atau kedai-kedai yang berani menjualnya.
- maka pembaca budiman pun membaca akhbar-akhbar arus perdana yang dikatakan tulus dan benar penyampaiannya, dan berfikirlah penyokong PKR untuk mengundi parti lain.

3) Duit/Wang/ Pitis/
- hebat kuasa wang ni, walaupun wang tak boleh berkata-kata namun hebatnya wang ini bukan main lagi, ianya boleh mempermainkan masyarakat.
- pendusta besar jika tak diberi sogokkan wang yang lumayan orang akan berkata jujur, jadilah ianya kata-kata wang ringgit.
- sehinggakan jika mereka tahu wang ihsan dari sumber judi sangup mereka pulangkan semula, berbanding dengan wang dari sumber duti ARAK DAN ROKOK?
- pelik jugak kan? namun itulah penangan wang ringgit.

Cukuplah kot sekadar tiga perkara yang ambo perjelaskan ini, bukan ambo ingin mempertikaikan, akan tetapi adalah untuk kita sama-sama berfikir. Berfikir secara rasional dan terbuka. Kita bagi Pakatan Rakyat memerintah kan best, kerna hukum ALLAH SWT akan ditegakkan di MALAYSIA. NO DOUBT!!!!

Sekian, salam ISLAM untuk semua.