Friday, October 8, 2010

Ayuh Bangkit!!!

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH kerna masih lagi menghirup udara di muka bumi ALLAH ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para sahabat RA. Hari ini merupakan saat genting untuk kita semua bangkit dari tidur yang lna, dengan sambutan raya sampai sebulan lamanya. Subhanallah. Pakatan Rakyat kini ditentang dari pelbagai sudut dari segi serangan psikologi yang mantop dari lawannya. Maka tanggungjawab kita sebagai orang muda dalam pakatan rakyat untuk bangkit menjalankan pelbagai kempen menarik dan memahamkan mereka yang kurang faham akannya.

Disini ambo ingin menyenaraikan beberapa pekara yang perlu dicanai dan di laksanakan oleh golongan muda dalam PAKATAN RAKYAT untuk memberi kesedaran dan mengukuhkan lagi pemahaman rakyat untuk menyokong pakatan rakyat.

1) Blogger
- melalui kaedah blogger ini, kita wahai pemuda harus menerangkan tentang perjuangan PAKATAN RAKYAT.
- teknologi yang semakin berkembang dan sekatan yang dilakukan terhadap PAKATAN RAKYAT dalam media arus perdana.
- pemuda-pemudi MALAYSIA lebih berminat untuk "ONLINE" berbanding tenguk TV.
- jadi satu usaha kita pemuda PAKATAN RAKYAT memberikan suatu berita kebenaran dan membuatkan pemuda dan pemudi sekalian faham akan perjuangan PAKATAN RAKYAT yang sebenarnya.

2) Laman Sosial
- facebook yang kian diminatai oleh golongan muda mahupun tua, inilah masanya kita memberikan penerangan pada mereka, agar mereka faham dengan sebenar-benar faham dan tidak tergugat fikirannya bila diancam serangan psikologi oleh pihak lawan.
- daripada mereka mencari teman-teman facebook untuk dijadikan kekasih "mainan" lebih baik kita mengajak mereka untuk berfikir dan berubah.

3) Masjid
- remaja kini kurang berminat akan MASJID kerna tidak mempunyai ilmu mengenai ganjaran jika melaksanakan ibadah di dalam MASJID.
- untuk menarik minat mereka ke MASJID, perlulah diadakan aktiviti yang mereka gemari seperti bersukan.
- dan diselitkan dengan pengajian agama secara percuma.

Sebenarnya banyak lagi yang ambo ingin senaraikan, maklumlah masa yang ada ini tidak mengizinkan, maka jika ada waktu dan umur yag panjang, ambo akan sambung dengan strategi yang berikutnya.

Ini berikutan, keadaan politik yang kini dilihat kucar-kacir membuatkan mereka yang tidak faham akan berubah fikiran untuk menyokong mereka yang tidak sepatutnya. Sedangkan perjuangan PAKATAN RAKYAT sudah jelas, namun akibat serangan psikologi, minda untuk berfikir menjadi terjejas dan membolehkan PAKATAN RAKYAT ditindas.

Sekian salam ISLAM untuk semua. ALLAHUAKBAR!!!