Saturday, October 16, 2010

Pembelajaran Seks Atau Pembelajaran Zina?



Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur kehadrat ALLAH SWT kerna masih lagi memberikan ambo peluang untuk hidup, hidup untuk beramal, berilmu dan berbakti. Selawat dan salam atas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA.

Acap kali kita mendengar kes pembuangan bayi di media massa ataupun media massa terhenti. Adakah ini suatu petanda kerosakan akidah dan iman dalam hati setiap insan muslim? Di Malaysia atau dimana sahaja anda berada. Ini memperlihatkan bahawa agama ISLAM telah jauh ditinggalkan iaitu tidak lagi menurut al-Qur'an dan Sunnah RASULULLAH SAW. Telah dijelaskan oleh baginda RASULULLAH SAW, bahawa baginda meninggalkan dua perkara yang jika diikuti nescaya tidak akan sesat sampai bila pun. Namun masih ada yang ingkar.

Jadi ketika ini, kerajaan ingin mencadangkan mengenai pembelajaran seks di sekolah atau pun 'PENDIDIKAN SEKS'. Ianya bertujuan untuk para pelajar mengenal pasti apa yang akan berlaku ketika mengadakan hubungan seks bebas?

Ambo melihat perkara ini amat 'MENJENGKELKAN' seolah-olah akan mempertingkatan ZINA. Ini dapat ambo senaraikan seperti dibawah;

1) NAFSU
- nafsu akan meningkat dan menjadi ghairah jika seks ditayangkan dan cara melaksanakannya diperjelaskan.
- pelajar banyak yang bercinta sewaktu sekolah akan cuba mempraktikkannya.

2) COUPLE
- akan wujudnya pelajar yang berpasang-pasangan dan ingin mencuba apa yang dipelajari.
- di dalam kelas atau di tandas.

3) VIDEO LUCAH/ VIDEO ZINA
- para peminat video lucah atau video zina ini akan berleluasa.
- menguntungkan mereka para lanun cetak rompak dengan menjual video zina ini.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang mahu ambo senaraikan, namun ambo merasakan cukupla sekadar itu untuk kita sama-sama fikir sejauh mana 'PENDIDIKAN ZINA' ini akan berjaya. Sehubungan dengan itu, perkara yang perlu diajarkan untuk mengekang gejala ZINA dan pembuangan bayi ini, kerajaan perlulah melaksanakan hukum yang terkandung dalam al-Qur'an iaitu hukum ALLAH SWT yang lebih adil dan saksama.

Pendidikan yang harus diberikan ialah pendidikan ISLAM, hukum hakam ISLAM dan memantapkan institusi MASJID semula. Bukannya melaksanakan 'PENDIDIKAN SEKS'? Bahkan ianya seakan-akan 'PENDIDIKAN ZINA'.

Sekian salam ISLAM untuk semua.