Monday, October 18, 2010

DUN GALAS

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. Syukur ALHAMDULILLAH kerna ALLAH SWT masih lagi memberi kesempatan buat ambo untuk bernafas di muka bumi ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA. Sesungguhnya kita manusia ini telah dipilih sebagai khalifah yang wajib melaksanakan HUKUM ALLAH SWT di atas muka bumi ini. Kerna hanya HUKUM ALLAH SWT inilah yang adil dan saksama, melangkaui kemampuan manusia dalam membuat hukum fikiran sendiri. Amat bongkaklah mereka yang mengenepikan HUKUM ALLAH SWT, malah menghinanya.

Sidang pembaca yang budiman, kita sedang menghadapai bara-bara perjuangan di DUN GALAS, di mana BN akan cuba untuk menguasai semula DUN GALAS tersebut dari PAS. Tujuan ambo menulis artikel mengenai DUN GALAS ini adalah untuk para pengundi DUN GALAS secara KHUSUS yang bakal menghadapi Pilihan Raya Kecil tidak lama lagi dan untuk pengundi-pengundi di seluruh MALAYSIA secara umumnya untuk menghadapi PRU ke-13.

Secara kasarnya atau melalui mata kasarnya BN akan melaksanakan program kemajuan dalam DUN GALAS tersebut, akan tetapi kemajuan yang bersifat kebendaaan seperti 'Transformasi Kearah Negara Maju Berpendapatan Tinggi', namun bagi perjuangan PAS jugak membawa kepada kemajuan untuk pengundi di DUN GALAS agar setia bersama PAS kerna kemajuan ini bersifat keseluruhan seperti kemajuan;

a) Akidah
b) Iman
c) Amal
d) Ilmu
e) Akhlak
f) Rujuk Ulama setempat***

Secara keseluruhannya, perkara diatas akan maju maka negara juga akan menjadi maju mengikut acuan al-Qur'an dan Sunnah. Sepertimana sejarah Tamadun Islam membuktikan pada dunia. Ketika Negara ISLAM pertama MADINAH al-MUNAWWARAH yang di pimpin oleh BAGINDA RASULULLAH SAW telah maju dari segi apa yang telah disenaraikan diatas mengatasi negara jirannya yang lain. Kerna keadilan hanya akan berlaku bilamana HUKUM ALLAH SWT dilaksanakan.

Begitu juga dengan PAS, walaupun tidak menampakkan kemajuan dari segi pembinaan bangunan yang mencakar langit, akan tetapi kemajuan dari sudut ISLAM itu yang akan dilaksanakan. Mana mungkin pengundi di GALAS akan memilih pemimpin yang lain dari PAS. Inilah masanya pengundi di GALAS secara khusus dan pengundi di seluruh MALAYSIA membuktikan bahwa masa untuk berubah dan melaksanakan HUKUM ALLAH SWT di muka bumi ini bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Fikirlah mana yang terbaik, kemajuan dengan bangunan yang tinggi menggunung? Yang mengakibatkan nilai keISLAMan di lupakan atau kemajuan ISLAM yang jitu bagi menjaga keselamatan sejagat dari pelbagai marabahaya?

Anda fikirlah sendiri dengan anugerah akal yang diberikan ALLAH SWT.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.