Tuesday, November 2, 2010

DUN GALAS PART 2

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih memberi ambo peluang untuk beramal di dunia ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA. Kali ini ambo ingin memberi perhatian pada DUN GALAS buat kali kedua, kerna berlakunya perang psikologi yang boleh mengelirukan pengundi yang mudah terpedaya.

Dalam media arus perdana menyatakan bahawa terdapatnya ahli PAS di DUN GALAS keluar parti gara-gara mengenai tanah dan lain-lain lagi. Disini ambo ingin menjelaskan pada pengundi DUN GALAS, jangan anda mudah terpedaya dengan isu tanah ini dan keluarnya mereka dari PAS, ini kerana mereka merupakan orang yang ingin kesenangan duniawi semata, bahkan mereka tidak tahu apa perjuangan sebenar PAS.

Jika kita sebagai manusia yang diberikan akal oleh ALLAH SWT, kita akan berfikir bahawa perjuangan PAS ini lebih membawa kepada kesengangan dan kemajuan yang berpanjangan. Ini kerana ianya berlandaskan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH SWT dalam al-Qur'an al-Karim dan telah diterjemahkan oleh Baginda RASULULLAH SAW dalam mentadbir MADINAH al-MUNAWWARAH mengikut SUNNAH yang perlu kita turuti.

Cuba anda semua bayangkan dan fikir secara logik akal, jika kita melaksanakan hukum ALLAH SWT diatas muka bumi ini, setiap hak manusia malah seluruh kehidupan di alam ini akan terjamin, kesamarataan, kesejahteraan, kemajuan dan sebagainya. Jangan kerna isu yang tidak seberapa, mula menabur fitnah terhadap PAS.

Anda mauhu tanah seluas mana? Jika kita MATI tanah ukuran kita hanya 7"x 3" sahaja. Lebih baik kita mengikut ISLAM yang mengamalkan kesederhanaan dalam setiap aspek. Ambo percaya jika kerajaan sekarang melaksanakan HUKUM ALLAH SWT sewaktu kemerdekaan dahulu sehingga sekarang, PAS tidak akan wujud. Adanya PAS menunjukkan bahawa HUKUM ALLAH SWT 100% belum dilaksanakan, hanya ambil sedikit, barangkali 0.1%?

Jadi para pengundi DUN GALAS, jangan mudah terpedaya, mana yang masih leka pergila berjumpa dengan mereka yang alim untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai perjuangan PAS. Masa untuk kita kembali kepada al-Qur'an Dan Sunnah. Jangan kita sia-siakan masa hidup kita dengan meninggalkan apa yang kita rasakan tidak sesuai dengan hidup kita. ISLAM itu agama yang UNGGUL membawa rahmat untuk sekalian alam.

Sekian Salam ISLAM untuk semua dan selamat mengundi untuk pengundi-pengundi DUN GALAS. UNDILAH PAS walaupun undi anda bukan lagi suatu yang rahsia. Tunjukkan pada BN bahawa mereka sudah tidak boleh diterima.