Thursday, November 11, 2010

Bersedia!!!

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILAH syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih memberi kesempatan pada ambo untuk hidup dan selawat serta salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan SHABAT RA.

Ini adalah sambungan bagi siri yang pertama dimana kita wahai pemuda dalam PAKATAN RAKYAT umumnya dan PAS khususnya perlu bersedia oleh kerna terdapatnya mereka yang masih tidak jelas dengan perjuangan PAS.

Ambo:PAS berjuang dengan sangat mudah, iaitu apa yang telah diwahyukan kepada RASULULLAH SAW 1,400 tahun dahulu. Tidakkah kamu berfikir kenapa wahyu diturunkan?

Fulan: Bagi saya, saya melihat PAS lebih kepada kebendaaan, menabur janji tetapi tidak mahu melaksanakan.

Ambo: Pernahkan kamu melihat janji apa yang PAS tidak dapat laksanakan?

Fulan: Macam2lah seperti hak ekonomi, tanah dan sebagainya.

Ambo: Itulah kamu tidak melihat secara keseluruhannya, cuba kamu fikir, PAS hanya memerintah kerajaan mana? Adakah kerajaan negeri boleh mengatasi kerajaan Pusat menurut Perlembagaan Negara? Jika kerajaan negeri melebihi kuasa atas kerajaan Pusat, nescaya Kelantanlah negeri pertama yang akan melaksanakan HUKUM ALLAH SWT!!!

Fulan: Ermmm...

Ambo: Fikir2kanlah...

Disini dapat dilihat bagaimana situasi mereka yang tidak mengetahui perjuangan PAS sebenarnya dan PAKATAN RAKYAT. Ini berikutan semenjak dari bangku sekolah telah dididik mengenai keburukkan pembangkang sehinggakan PARTI YANG MEMBAWA SIBAR PERJUANGAN ISLAM itu pun dilabelkan sebagai sebuah parti yang memainkan agama.

Jadi, kita wahai pemuda perlu bersedia untuk bangkit dan menerangkan kepada mereka yang tidak tahu agar menjadi tahu akan hakikat perjuangan PAS itu.

Masa semakin mencemburui kita, inilah masanya untuk kita bertindak dengan segala medium bagi menyebarkan perjuangan PAS dan PAKATAN RAKYAT. INSYAALLAH!!!!

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!

Sekian, salam ISLAM untuk semua.