Wednesday, November 24, 2010

ISU PKR

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH dipanjatkan kehadrat ALLAH SWT. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA. Dikesempatan ini ambo ingin membincangkan serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam PKR pada hari ini. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka yang dikatakan tulus dan ikhlas dalam perjuangan dalam PKR, sehingga muncul di kaca, bahkan di lembaran kertas menyatakan ketidak puas hati dengan pimpinan PKR atau pun DSAI.

Ada beberapa perkara yang ingin ambo sentuh mengapa perkara ini terjadi dan memperlihatkan betapa pengundi berasa amat curiga dengan keadaan ini dan kemungkinan besar akan beralih ke BN. Berbanding dengan mereka yang memahami arena politik di MALAYSIA ini, dan mereka lebih mengetahui akan helah-helah politik bagi menjatuhkan DSAI. namun kita juga melihat, apabila penganalisis politik MALAYSIA lebih memihak kepada BN. Adakah ini suatu yang dikatakan demokrasi? Mungkin boleh dikatakan demo kasi pening orang awam kot?

Berberapa perkara yang ingin ambo sampaikan ialah;

1) DSAI
- sudah kita maklumi bahawa DSAI merupakan musuh utama BN dan boleh juga mereka mengatakan musuh no 1 negara.
- dengan kewibawaan politik DSAI yang begitu mempersona, dan mengambil berat terhadap rakyat membuatkan ramainya berasa iri hati dan dengki, kerana walaupun difitnah habis-habisan, dipecat dari jawatan kerajaan, dipukul dalam tahanan, ada juga rakyat yang masih menyanjung DSAI.
- beliau dikatakan tidak sabar ketika TPM, adakah beliau sabar melihat wang negara/wang rakyat dibelanjakan sewenang-wenangnya? itulah dendam kerajaan pada DSAI kerana mencegah penyalahgunaan wang negara/wang rakyat sehingga ke hari ini.

2) BN
- BN terus-menerus akan merancang propaganda bagi menafikan kehendak rakyat untuk memilih DSAI menjadi PM.
- menghantar (SPY) untuk menyertai PKR bagi memburukkan PKR dan memperlihatkan di media bahawa PKR (DSAI) gila kuasa untuk menjadi PM.
- wang ringgit dilabur bagi membeli undi ketika Pilihan Raya Kecil Dun atau Parlimen.
- boleh anda BN fikirkah? yang jadi PM sekarang ni tidak mahu jadi PM? seolah-olah cakap tak serupa bikin. Kalau benar PM sekarang tidak mahu menjadi PM, maka letakkan jawatan bagi kepada meraka yang tidak ingin jadi PM. Jika itu dikatakan pada DSAI yang ingin menjadi PM.

3) Ahli PKR
- kebayakkan ahli PKR yang membuat demonstrasi HARAM tanpa pihak polis mengambil tindakan ini dengan megah mengatakan PKR dalam keadaan gila kuasa!!! Bila Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi anti-ISRAEL, dihalang oleh FRU dan Polis, walhal bukan menentang kerajaan ketika itu.
- ahli PKR ini melihat DSAI yang menentukan siapa bakal TP PKR, dan mereka berasa tidak puas hati dengan pemilihan calon dalam PKR. Maka mereka yang kecewa berasa tertipu dan mula mengadakan sidang media bagi memburukkan PKR. (INI BARU TIDAK DITERIMA BERTANDING JAWATAN TERTINGGI PKR, DAH SIBUK BIKIN HURU-HARA. NANTI BILA DAH JADI AHLI TERTINGGI PKR, MULALAH KELUAR PAKATAN RAKYAT DAN MASUK BN!!!BAIK KAMU YANG BERDEMONSTRASI KELUAR PARTI DAN TUBUHKAN PARTI SENDIRI YANG BOLEH DIKATAKAN KAMU LEBIH BIJAKSANA DAN LEBIH ADIL DALAM MELAKSANAKANNYA)

4) Media
- media memainkan peranan yang begitu hebat sekali. Berita yang disampaikan kepada masyarakat WOW memang betul-betul de BOM!!!
- media yang ada sekarang ini dibenarkan penyiarannya di stesen TV Kerajaan Malaysia dengan satu aku janji yang perlu dituruti, iaitu berita tentang keburukan PAKATAN RAKYAT dan kebaikkan BN kepada masyarakat.
- maklumla orang kampung tidak mampu nak pasang internet bagi melihat dan mencari maklumat alternatif, maka tv RTM dan TV3 sahaja yang dapat ditonton.

Maka dengan perkara yang diatas tadi dapat memberi kesedaran pada mereka yang hampir tertipu dengan agenda BN ini. Maka para blogger PAKATAN RAKYAT perlu bekerja keras bagi menangkis hal ini untuk kebaikkan kita bersama menuju ke PUTRAJAYA DALAM PRU ke-13 INI INSYAALLAH!!!

Sekian salam ISLAM untuk semua.