Thursday, December 9, 2010

Erti Sebuah Penghijrahan

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH dipanjatkan kehadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnianya memberi ambo peluang untuk menulis mengenai erti sebuah PENGHIJRAHAN. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA yang berjuang dan berhijrah demi memartabatkan ISLAM dimuka bumi ini. Walaupun selepas pembukaan KOTA MAKKAHTALMUKARRAMAH, tiada lagi HIJRAH, namun yang tinggal hanya hijrah untuk kita diri sendiri dalam memperbaiki kehidupan dari semasa ke semasa menurut acuan al-Qur'an dan Sunnah RASULULLAH SAW 1432Hijrah yang lalu di KOTA MADINAL AL-MUNAWWARAH.

Apa yang dimaksudkan dengan HIJRAH sebenarnya. Daripada pandangan orang awam ianya bermaksud berpuindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Jika kanak-kanak perpindahan kaum MUHAJIRIN ke MADINAH.

Disini ambo ingin menyenaraikan beberapa isi penting dalam erti sebuah penghijrahan bagi kita dizaman yang akan berakhir entah bila. WALLAHU'ALAM. Jadi mari kita mengambil iktibar dari penghijrahan ini.

1) HUKUM ALLAH SWT
- setelah penghjijrahan, hukum ALLAH SWT telah dilaksanakan dengan begitu berkesan tanpa ada perasaan tidak puas hati dengan ISLAM.
- semua kafilah atau suku-suku ARAB di MADINAH menyambut baik hukum ALLAH SWT ini kerana mereka taat dan dengar apapun perintah dari ALLAH SWT DAN RASULULAH SAW tanpa banyak soal.

2) MASJID
- masjid bebas dari pengaruh anasir jahat seperti yang berlaku di MASJIDIL HARAM apabila umat ISLAM dilarang untuk solat dan melakukan sebarang aktiviti di MASJID AL-HARAM tersebut.
- oleh sebab itu RASULULLAH SAW mendirikan MASJID yang pertama di Quba' berhampiran dengan MADINAH.

3) Persaudaraan
- kerna setiap yang MUSLIM itu adalah bersaudara seperti apa yang terjadi antara MUHAJRIN DAN ANSAR.
- begitu juga dengan penyatuan dan persepakatan dengan kaum YAHUDI yang berada di MADINAH dengan termetrainya perjanjian MADINAH.
- konsep 1 MALAYSIA ini menceduk dari apa yang diajarkan ISLAM, namun hanya sedikit sahaja bagi kepentingan politik sekular mereka.

Cukuplah sekadar tiga isi penting yang ingin ambo sampaikan. Marilah kita sama-sama Muhasabbah diri dan berhijrah dari menyokong BN kepada PAKATAN RAKYAT. inilah masanya kita untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik untuk kesejahteraan kita semua. InsyaALLAH.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.