Sunday, January 30, 2011

Ada Apa Dengan Politik?

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILAH syukur dipanjatkan kehadrat ALLAH SWT yang masih mmberi kesempatan pada ambo untuk menulis mengenai beberapa perkara. Selawat dan salam atas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA yang berjuang menegakkan agama ALLAH SWT di muka bumi ini.

Tujuan ambo menulis artikel ini adalah untuk memperbetulkan apa yang dipermainkan oleh BN yang menyatakan bahawa setiap perilaku yang dilakukan oleh PAKATAN RAKYAT adalah bersifat politik semata-mata dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

Hal ini menarik minat ambo untuk menjelaskannya apa yang jelas sebenarnya untuk masyarakat umum di luar sana yang mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh BN.

Tidakkah anda semua berasa hairan dengan BN yang menyatakan bahawa PAKATAN RAKYAT hanya mahu kepentingan politik mereka sahaja berbanding BN yang mementingkan nasib rakyat.

Sudah 53 tahun Malaysia merdeka dan BN juga telah memerintah selama 53 tahun lebih di bumi Malaysia ini mengalahkan pemerintahan rejim Kolonel Ghadaffi di Libya. Adakah nasib rakyat terbela selama 53 tahun lebih BN memerintah Malaysia? masih ada lagi yang tercicir. Dan ini dapat dilihat BN hanya menggunakan isu putar-belit yang menyusahkan rakyat untuk berfikir. Selama 53 tahun memerintah namun masih ada mereka yang hidup bergelandangan, tidak makan, kelaparan, kesakitan dan keseksaan dalam kehidupan. Apakah yang mampu BN lakukan?

Jadi tanpa politik, macam mana Pakatan Rakyat mahu memerintah, walhal subjek yang diajar di Universiti Tempatan atau antarabangsa sekalipun mengajar subjek pentadbiran dan politik yang tidak boleh dipisahkan. Malah mereka yang bertanding dalam pilihan raya juga merupakan suatu politik. hatta calon bebas sekalipun berpolitik walaupun tidak mewakili mana-mana parti. Dengan politik setiap aspek seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesehatan, makanan dan lain-lain dapat dilaksanakan. Begitulah BN merencanakan agenda politik mereka dengan mengatakan Pakatan Rakyat adalah untuk menjaga kepentingan politik mereka dan BN tidak sedar bahawa mereka lah yang menjaga kepentingan politik mereka.

Jadi anda semua berfikir lah secara terbuka dan kreatif. InsyaALLAH kita jumpa lagi. Salam ISLAM untuk semua.