Saturday, May 4, 2013

Fikirkan


Assalammualaikum,salam Islam untuk semua. Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah kurniaNYA memberi keizinan untuk ambo "flashback" semula apa yang diperjuangkan oleh PAKATAN RAKYAT. Semua rakyat Malaysia yang berbilang agama,bangsa dan keturunan telah tahu,namun ambo ingin utarakan semula agar kita semua rakyat Malaysia yang boleh mengundi tidak diperdaya di masa-masa kecederaan ini.
Ambo tidak mempunyai masa yang cukup banyak, hanya luahan yang boleh kita sendiri fikirkan bersama. Kerana kita dianugerahkan akal fikiran yang waras oleh ALLAH SWT.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Be eNd menguasai media massa dalam negara. Dimana setiap siaran, cetakan hanya mengenai jasa baik Be eNd sahaja. Jadi, jasa inilah yang perlu kita bukukan secara teorinya dalam silibus matapelajaran sejarah, dan secara praktikalnya kita pilih PAKATAN RAKYAT sebagai pemerintah baru Malaysia yang kaya raya ini. Masa Be eNd sudah hampir ke penghujungnya, akan tetapi demi menjaga "survival" politik kroni,rasuah,salah urus negara dan banyak lagi. Be eNd berusaha menjemput pengundi simpanan yang di import dari luar negara. Perkara ini telah lama diperjuangkan oleh rakyat Malaysia secara total, dimana perhimpunan Bersih 1.0 sehingga Bersih 3.0 mperjuangkan, mendesak kerajaan yang menguasai SPR agar PRU 13 ini dilaksanakan dengan bersih dan telus.
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT sudah cukup jelas dan terang menolak Be eNd, bersabar selama 55 tahun diperLEMBUkan oleh rejim ini.
Memang benar Be eNd telah cuba memajukan negara dengan pembangunan-pembangunan untuk negara, akan tetapi menekan dan mendesak rakyat membayar pelbagai jenis cukai, kenaikan harga barang keperluan asas, kenaikan barang-barang yang bersubsidi. Dan yang menyedihkan masih ada lagi ada yang menyatakan Be eNd lebih baik dari Pakatan. Memang benar Be eNd lebih baik dari Pakatan, iaitu Be eNd lebih baik berundur daripada politik Malaysia ini dan digantikan dengan PAKATAN RAKYAT.
Be eNd memang benar mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara, dalam tempoh 55tahun, 555bilion juga hutang negara. Itulah pengalaman Be eNd yang begitu hebat sekali.
Memang benar juga Pakatan tidak mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara, akan tetapi pentadbiran Pakatan di empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor telah membuktikan kejayaan yang begitu hebat sekali. Sila rujuk laporan audit negara, bukan merujuk kepada tv3¹/² untuk berita mengenai kemajuan negeri tersebut di bawah Pakatan.
Jangan kita rakyat Malaysia takut untuk melakukan perubahan, jika kita masih lagi takut dengan perubahan, maka kita akan terus terseksa dengan bebanan hidup seharian. Kita akan terus menderita dibawah kekuasaan rejim Be eNd. Kita sebagai rakyat perlu berani untuk memperjuangkan hak kita, kita negara merdeka bukan negara yang dijajah!
InsyaALLAH INI KALILAH TUKAR PUTRAJAYA!
Sekian, SALAM ISLAM UNTUK SEMUA.
#insyaALLAH ambo akan "refreshner" semula mengenai PAS DAP PKR. Untuk pencerahan.