Saturday, May 4, 2013

Pakatan Rakyat

 
Assalammualaikum dan salam Islam untuk semua. Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH SWT yang telah memberi peluang kepada ambo untuk menulis mengenai kerajaan negeri yang dibawah Pakatan Rakyat. Gambar diatas menunjukkan pada mulanya Perak Darul Ridzuan dibawah pimpinan Ir Nizar, namun telah berlaku rampasan kuasa oleh Be eNd.
Tujuan ambo menulis artikel ini adalah untuk menerangkan semula apa yang dikritik oleh Be eNd mengenai kerajaan dibawah Pakatan Rakyat.
Be eNd dalam media massanya menyatakan bahawa kerajaan PAS di Kelantan amat mundur berbanding negeri-negeri lain. Ya memang benar Kelantan amat mundur, iaitu mundur dari segi pergaulan bebas, zina, arak dan judi. Akan tetapi, Kelantan amat maju dari segi perkembangan ILMU, dimana Menteri Besarnya sendiri menekankan betapa pentingnya ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri yang sentiasa meluangkan masa mengajar ilmu kepada rakyat negeri Kelantan. Apa guna bangunan mencakar langit, jika tiada ilmu didada maka bangunan tersebut juga akan runtuh. Lihatlah betapa hebatnya kepimpinan ulama' di Kelantan. Rakyat Kelantan masih lagi makan nasi, sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Be eNd. Jika anda masih mahu tukar Kelantan, anda amat rugi. Jangan percaya dengan omongan Be eNd.
Negeri Kedah Darul Aman juga dibawah Pakatan Rakyat. Adakah rakyat negeri Kedah makan besi selepas Pakatan diberi mandat memerintah Kedah? Masih juga makan nasi. Adakah PAS jadi tunggangan DAP di Kedah? Tidak sama sekali, jika itu yang berlaku maka anak-anak Melayu Kedah tidak akan bersekolah. Ini hanyalah omongan Be eNd bagi menakutkan rakyat untuk menolak Pakatan kerana cita-cita Mukhriz Mahathir mahu menjadi Menteri Besar Kedah.
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng. Be eNd menyatakan DAP adalah agen Singapura dan mahu menjadikan Malaysia sebagai Republik, namun sehingga ke hari ini Lim Guan Eng masih lagi belum mengishtiharkan Pulau Pinang sebagai sebuah negara yang merdeka dari Malaysia. Be eNd juga menyatakan bahawa DAP akan menindas hak-hak orang Melayu. Sehingga waktu ini, belum lagi Lim Guan Eng menutup sekolah-sekolah untuk orang Melayu. Adakah kita tidak sedar akan hakikat ini? Adakah negara ini milik Be eNd selamanya? Semua omongan dari Be eNd dusta belaka, kalau boleh percaya, LEMBU NFC sudah menginap di Kondo Mewah.
Selangor Darul Ehsan dibawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah membawa era baru pemerintahan Selangor untuk 5 tahun yang pertama pemerintahan Pakatan Rakyat. Pemberian air percuma sebanya 20m3 telah membuatkan Be eNd kencing tidak lawas. Ini kerana penipuan terhadap rakyat yang dilakukan oleh Be eNd ketika memerintah Selangor dengan sewenangnya menaikkan tarif air, rasuah sana sini sehinggakan simpanan kerajaan negeri susut macam air syabas yang pecah paip. Setelah berada di bawah Pakatan, simpanan kerajaan negeri Selangor berlipat kali ganda dan membuatkan Be eNd juling mata dengan nilai simpanan yang tinggi sekali. Jangan harap rakyat Selangor mahukan Be eNd, Be eNd hanya tinggal sejarah di negeri Selangor.
Hanya sekadar itu yang ingin ambo sampaikan, agar kita ingat semula sebelum pembuangan undi esok insyaALLAH 5/5/13. Untuk kita kekal memilih calon Pakatan Rakyat walaupun kehadiran pengundi hantu telah didedahkan begitu ramai sekali untuk memilih Be eNd. Tindakan Be eNd ini sama dengan tindakan penjajah. Jom ubah selamatkan Malaysia. Ini kalilah!
Sekian salam ISLAM untuk semua.
#Mari kita berdoa kehadrat ALLAH SWT agar memenangkan calon Pakatan Rakyat. Amin.