Sunday, November 28, 2010

Cara Install Wordpress.org ke 000webhost.com Anda.

Assalammualaikum dan salam ISLAM untuk semua. ALHAMDULILLAH dipanjatkan kehadrat ALLAH SWT yang telah memberi kesempatan pada ambo untuk menulis serba sedikit mengenai isu pada kali ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar RASULULLAH SAW, ahlil-bait dan para SAHABAT RA yang berjuang dalam menegakkan syiar ISLAM dimuka bumi ini tanpa ada sekelumit pun untuk ditinggalkan ajaran ISLAM itu.

Kali ini ambo ingin menulis serba sedikit mengenai cara bagaimana untuk anda menginstall CMS WORDPRESS ke 000webhosting anda. Seperti yang kita sedia maklum, 000webhost menyediakan webhosting secara percuma bagi mereka yang ingin belajar menggunakan CMS dalam pembinaan website sendiri, webblog atau sebagainya. Dengan adanya Acounistaller, tidak perlu lagi bersusah payah, hanya klik pada CMS yang kita perlukan. Namun pada ketika ini, 000webhost tidak membenarkan penggunaan acounistaller nya dan memerlukan kita mengUPGRADE kepada yang berbayar. Anda jangan risau mengenai perkara ini, ada cara manual yang tidak memerlukan masa yang banyak juga dan ianya dapat memberi anda pengetahuan secara detailed mengenainya.

Sebelum kita melaksanakannya , anda mestilah;

  1. Hosting

- Anda perlulah mempunyai hosting di 000webhost ataupun anda mempunyai wang dan membeli hosting di server yang menyediakan hosting, namun bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengannya lebih afdhal dengan mendaftar di 000webhost secara percuma.

- Anda boleh mendaftar akaun hosting anda di sini.

  1. Domain

- Domain yang perlu anda gunakan ialah dengan mendaftar di co.cc atau co.nr, kerana kedua-dua domain ini adalah percuma.

- Domain ini adalah untuk memudahkan url anda seperti yang anda inginkan seperti: http://contoh.co.cc atau http://contoh.co.nr

  1. CMS WORDPRESS

- Iaitu merupakan file-file CMS WORDPRESS yang boleh anda downloadnya disini.

  1. Filezila

Merupakan medium yang digunakan untuk kita mengupload file-file CMS WORDPRESS ke hosting anda.

Ianya boleh didownload disini.

Setelah segalanya sudah ada, marilah kita laksanakan penguploadan file-file CMS itu tadi ke hsoting menggunakan filezilla yang telah anda downloadnya tadi.

  • Login ke 000webhost dan masuk ke CPanel untuk mengetahui info webhosting anda . Anda perlu mengetahui tentang Username dan IP Address / host .
  • Setelah mengetahui info akaun anda selanjutnya anda membuat MySQL Database, dengan cara klik icon MySQL seperti gambar di bawah ini :

Setelah itu isi kotak kosong untuk membuat database lalu klik create database. Lihat gambar di bawah ini :




  • Setelah itu anda akan dapat maklumat tentang database anda, sebaiknya anda catat atau anda salin di notepad atau word. Seperti gambar dibawah ini :

  • Setelah itu anda perlu isi data dari database ke CMS WORDPRESS yang sudah anda download, biasanya CMS WORDPRESS berbentuk file rar jadi anda extract terlebih dahulu.
  • Cara mengisi data database ke CMS WORDPRESS dengan mencari dan membuka file bernama wp-config-sample.php dalam folder CMS WORDPRESS dan isi database_name_here , username_here , password_here , localhost dengan data yang anda daptkan dari MySQL Database tadi .Contoh lihat gambar :

Contoh gambar setelah di edit:


  • Jika sudah anda edit lalu save as dengan nama wp-config.php ke dalam file CMS WORDPRESS tadi.
  • Setelah itu anda siap untuk mengupload file CMS WORDPRESS tersebut ke webhosting anda.
  • Selanjutnya buka filezila yang tentunya sudah anda install di komputer anda, dan jika belum install terlebih dahulu.
  • Masukan ruang host, username dan password ,isikan sesuai dengan maklumat akaun yang telah diberikan di 000webhost tadi. Dan pada ruangan port dibiarkan sahaja lalu klik QUICKCONNECT . Lihat gambar dibawah ini :

  • Setelah aksess ke webhosting anda lalu tempatkan posisi anda di /public_html (ruangan kiri) dan ruangan kanan di tempat anda menyimpan file CMS WORDPRESS anda. Setelah anda berada di posisi /public_html lalu anda akan melihat file default.php dan delete file default.php tersebut. Lihat gambar dibawah ini:

Seterusnya anda perlu mengupload file CMS WORDPRESS ke webhosting anda. Anda secara langsung SELECT ALL file tersebut dan right klik mouse anda lalu pilih UPLOAD. Dan biarkan ianya menjalankan prosess upload tersebut sehingga selesai.


  • Isi ruangan diatas , setelah ruangan tersebut di isi dan terus klik install WORDPRESS.
  • Jika anda Berjaya, maka akan muncul gambar seperti ini :


  • Setelah itu, klik login untuk masuk ke dashborad web atau blog anda tapi sebelumnya anda perlu mengisikan username dan password. Ianya seperti gambar di bawah ini :

Itu sahaja perkara yang boleh anda lakukan. Jika sebarang masalah berlaku, silahlah beri komen kepada saya agar sama-sama kita dapat manfaat dari ilmu tersebut. InsyaALLAH.

Sekian, salam ISLAM untuk semua.